Archive for October, 2006

masitahikhsan

Persiapan Raya

Gelagat staff2 yang sibuk menghias lobi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri    

Dsc01419_1
Aktiviti ini bagus untuk mengeratkan lagi silaturrahim.Dsc01422

Ini lah hasil pondok kecil di Aras 12. Hasil kerja dari orang sg. pusu dan kerjasama antara unit IT, Kewangan dan Gas.
Dsc01386
Dsc01372

Dsc01405

Dsc01414

masitahikhsan

Meredah Pulau Perhentian

Sempena Merdeka me and my friends telah dijemput untuk melakukan aktiviti xtream di Pulau Perhentian. Agenda nya ialah:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh

 

 

Aktiviti

 

 

30-Aug-06

  Rabu

 

 

Malam bertolak dari DRB HICOM lebih kurang
  dalam jam 9. Ini adalah aktiviti xtream2 dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Dan
  Kebajikan Alam Flora (Alam Flora Sdn. Bhd).

 

Perjalanan tergendala di Tol Gombak apabila
  mengalami masalah tiada pemandu pelancong. Secara tak sengaja menyambut malam
  merdeka disitu juga. Perjalanan diteruskan lebih kurang jam 12.30 malam.

 

 

31-Aug-06

  Khamis

 

 

Berhenti untuk solat subuh di Kemaman. Tiba
  di Setiu dalam jam 10 pagi. Sempat untuk menyalin baju sahaja dan selepas itu
  sarapan pagi dan aktiviti xtreme2 dimulakan.

Ada

  2 fasa. Permulaan fasa 1 ini dari dewan kampong di setiu perlu berlari ikut
  penanda arah xtreme. Selepas itu perlu dapatkan klu 1. Klu ini tersangkut di
  pokok dan di ikat dengan belon bertepung. Kemudian dari klu 1 kena pergi ke
  tempat yang mempunyai berpapan tanda

kan

  kerang simbol kampong tersebut untuk dapatkan klu 2. Dari klu 2 aktiviti yang
  dikena ialah pergi ke tempat proses budu. Dalam perjalanan tu ada pulak la
  orang yang kena kejar kambing. Secara tak sengaja pulak masa tu tali ikat
  kambing terlepas. Pulak tu pakai topi merah. Hehehe. Jenuh la pecut. (sapa
  yang kena kejar tu?) Akhirnya  dapat
  klu 3 dan kotak emas. Untuk meneruskan klu 3, team kami (hcsb) terpaksa
  meminta orang kampong berdekatan untuk tolong hantar ke kawasan paya bakau
  hujung kampong. Boleh tahan jauh jugak la. Nasib baik minta tolong pi hantar.
  Kalau tidak mau patah kaki. Sampai

sana

  klu 4 kena mencari lokan sebanyak 8 yang masih hidup. Nasib baik ada jaguh
  kampong yang reti mencari lokan. Kalau tidak jenuh la nak menyeluk tangan
  dalam lumpur tu. Terima kasih la emy atas pengalaman anda di kampong. Selesai
  mencari lokan dapatkan klu 5 dan kena rentas sungai yang yang berada di paras
  pinggang. Kalau la air pasang agaknya paras mana la air sungai tu yea.
  Selepas merentas sungai kena berlari-lari anak untuk dapatkan sebiji telur
  penyu di mana proses korek tanah dengan tangan dan kasut bermula. Telur penyu
  sudah digantikan dengan bola. Akhirnya kami berjaya jugak selesaikan cabaran
  fasa 1 dimana dapat tempat ke-4. Balik semula ke tempat paya bakau untuk
  berehat sambil dikenakan aktiviti membuat lukah.

 

Pergi ke jeti besut untuk makan tengahari
  dan meneruskan fasa ke-2. Di jeti klu pertama ada sesi menjawab ujian IQ dan
  dapat klu-2 kena pergi ke Pasir Panjang. Dari jeti pergi ke

Long
    Beach

mengambil masa dalam 45minit. Di Long Beach
  aktiviti mencari orang putih berambut gold untuk mendapatkan klu 3. Bila
  jumpa orang putih tu kena cakap apa yeak.. rasanya cam ni kot.. Wheatear
  today is good. Lebih kurang gitu la.. kalau dia balas balik today is merdeka
  day, so betul la orang yang dicari dan akan diberi klu-3. dapat klu-3
  rupa-rupanya kena merentas hutan.

Ada

  la lebih kurang 20 minit untuk pergi ke suria beach resort. Sampai

sana


  ada lagi tugasan yang kena buat iaitu pam pelampung sebesar tayar lori. Jenuh
  mengempam tayar tak jugak-jugak kembang. Orang lain sampai lambat dah selesai
  mengepam. Rasa macam nak give-up pun ada. Tetapi harungi jugak, rupa-rupanya
  ada salah step. Akhir sekali kena ambil kunci di dalam laut dimana kunci
  tersebut sudah pun diikat dengan belon. Walaubagaimanapun berjaya jugak
  mengakhiri xtreme2 dengan mendapat tempat ke-7. Dapat sijil dan wang tunai
  konsi bersama.

 

 

 

 

1-Sep-06

  Jumaat

 

 

Aktiviti bebas hari ini. Ambil pakej
  snokerling bayar dalam rm40.00 dapat gie dalam 5 tempat. Memula gie tempat
  tengok shark pas tu green turtle dan 3 tempat ada coral. Tak ingat daaa. Masa
  untuk solat jumaat, pemandu pelancong siap kasi rehat pasal dia nak g masjid.
  Kagum dengan diaorang. Malam nya ada aktiviti penyampaian hadiah dan
  saguhati.

 

 

2-Sept-06

  Sabtu

 

 

Jam 10 pagi dah kena checkout untuk pergi ke
  jet Besut. Pukul 1 ada makan2 di Restoran terapung Kuala Terengganu. Dapatla
  1 jam untuk bershopping di Pasar Payang. Jam 3.30 bertolak balik ke KL sampai
  dalam jam 12.20 malam.

 

masitahikhsan

Daki Puncak Kinabalu

Lama nampaknya tak update blog nie. Sampai aktiviti terdahulu pun tak di update. Alamak nampak macam hujan je kat luar. Ingat nak p cari manik + beli tiket. Tergendala lagi.

Macam gah je bunyi title tu kan. hehehe. bukan aku naik pun.. tapi member2 yang lain naik. Cukup la dapat g di kaki bukit kinabalu jer. Dapat tidur di tepi pondok jaga berjam-jam.

Pada 22 Julai - 26 Julai, dengan menaiki kapal terbang Air-asia hanya bertambang RM 70 pergi dan balik, akhirnya sampai jua di Bumi SABAH. dapat jugak g oversea dan naik belon.

Kat sana ada la dalam 8-10 orang, kami menginap di Marina Court Resort Condominium, Permonade Apartment, Manggilan Hostel dan Hot Spring Hostel. Banyak tempat yang kami gie. Memang syok. Terutama sekali bila g shopping kat Pasar Tamu… Bila nak g lagi yea..?

Anyway, tak sempat nak jumpa kawan baik aku si Zurain Adnan. Ain pas nie aku numpang umah hang je la. Bila tu? Nanti ada masa aku upload gambar di sana..