Archive for April, 2007

masitahikhsan

Meanings of ur name!!!

Instructions:What you do is find out what each letter of your name means.

Then connect all the meanings and it describes YOU. (Its TRUE !!) (Isn’t it GREAT !!)

PS : If you have double or triple letters, just count the meaning once.

For Example : R A H I M

R You are a social butterfly.

A You can be very quiet when you have something on your mind.

H You are not judgmental.

I You are always smiling and making others smile.

M Success comes easily to you.

A You can be very quiet when you have something on your mind.

B You are always cautious when it comes to meeting new people.

C You definitely have a partier side in you, don’t be shy to show it.

D You have trouble trusting people.

E You are a very exciting person.

F Everyone loves you.

G You have excellent ways of viewing people.

H You are not judgmental.

I You are always smiling and making others smile.

J Jealously

K You like to try new things.

L Love is something you deeply believe in.

M Success comes easily to you.

N You like to work, but you always want a break.

O You are very open-minded.

P You are very friendly and understanding.

Q You are a hypocrite.

R You are a social butterfly.

S You are very broad-minded.

T You have an attitude, a big one.

U You feel like you have to equal up to people’s standards.

V You have a very good physique and looks.

W You like your privacy.

X You never let people tell you what to do.

Y You cause a lot of trouble.

Z You’re always fighting with someone

masitahikhsan

Wajah & Hati Yang Cantik

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke
nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah
Pengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbalalamin "

Info yang boleh dikongsi bersama kawan2.

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5
kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,
dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah olahraga. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu
berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan kata kunci, "Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu
2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud
AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - Itidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam
kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin Amr R. A., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Senarai di
atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan
angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…" Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain…

masitahikhsan

8 Petanda Sidia Milik Kita

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan
emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap
mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah
ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang
adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling
membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu
berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama.
Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan
orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya,
selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup
kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai
jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan
kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya
berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya
mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan
dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan
jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling
tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan
menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi
tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa
perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari
tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua
kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat
memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut,
suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang
pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia
selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda
sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli
dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak
malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa
berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu
perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu
sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya
kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia
memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di
tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat
lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini
bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

"Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya
utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan
alasnya,tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada
lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai.

Tarikh lahir Islam & Perilaku berdasarkan tarikh kelahiran Islam

http://www.islam.com/islamicdates.asp  

Boleh klik kat link tu kalu nak tau lahir bulan aper dalam bulan islam….

PERILAKU  BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM… 

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan  tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang  tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat  fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika  dididik dengan baik, dia boleh  menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.  Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR       
Tabiatnya buruk. Dia tidak  suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi  menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian  hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,  selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar,  menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai  yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan  mudah marah.

RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan  kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat  tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.  Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL  AWAL  
Dia mempunyai tingkat  keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu  yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan  hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL  AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai  kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia  mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras  dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan  baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika  betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang  tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu  bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan  nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri  dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa  kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan  sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak  putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah  semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya  baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang  padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah  mendapat rezeki.

RAMADHAN       
Dia baik,  pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada  teman
yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya.  Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka  dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu  bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat  buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai  keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal  mencari rezeki.

ZULKAEDAH     
Perwatakannya pendiam. Banyak  perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana  sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam  kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang  kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat  hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat,  jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya  sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu  berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis  pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali  menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang  pertimbangan

masitahikhsan

Zodiak & Haiwan

Tahukah kamu bahawa tarikh lahir
mu juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus,
singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin
mengenali diri kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal
pasti bilakah tarikh lahir mu serta lihat kesesuaian haiwan seperti
yang telah dikategorikan di bawah! Mmm… pasti kamu akan mengenali
diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!

KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober

ARNAB
Individu
yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilanyang
menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap muyang
mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati
danbijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan
usiamahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada
pada dirikamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak
hairanlah sekiranyakamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi
ketua dalam melaksanakansesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING
Pemalu
dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas padaindividu
yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebihgemar
mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atauberbual
dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga
terlaluberhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain,
ternyataindividu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada
sesiapasahaja.

MONYET
Keperibadian individu
dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai.Kamu juga sentiasa
memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceriaitu telah
menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkanikatan per
sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu darikategori
ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diriwalau
dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu
yanggemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah
pihak. Bagikamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, ‘hidup
mesti ceria’.Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di
sekeliling dansentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu
perkara.

HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu
agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walaubagaimanapun kamu tetap
memiliki ramai teman. Emosi mu yang seringberubah-ubah menjadikan
individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hatiketika bersama dengan
mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan denganpelbagai gosip.
Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamusesuai memikul
tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS
‘Diam-diam
ubi berisi’ itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu.Kamu
dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan
yangdiberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu
harusdikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel
sentiasa menarikperhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu
tidak tergolong dalamkelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali
ramai.

SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai
pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasaberasa selamat bila
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai temandan berpewatakan
menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujudsecara semula
jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabatdengan mu,
maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru sabanhari.

PENYU
Sikap
lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun,
adasesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu
seringmenilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan
persepsipemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah
seorang temanyang dan tidak bersikap seperti ‘talam dua muka’.

MERPATI
Kamu
terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam
kategoriindividu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu
bukannya darikalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih
gemar bersikapmenyendiri dalam kehidupan harian mu.

masitahikhsan

PUISI : 4 Babak Selepas Kematian

Ada orang menyangka mati itu senang
Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita
Yang susah hanya di dunia, apabila mati selesailah masalah
Orang ini tak pernah belajar,dia anggap mati itu mudah

Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan mati sangat menyakitkan
Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan
Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam
Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh Mungkar Nakir sangat
sakitnya

Makin lama Kiamat lamalah masa menerima azab kubur
Dia diazab tidak ada ringan-ringan
Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya
Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya

Di padang Mahsyar diabaikan beratus-ratus tahun
Di dalam keadaan tidak berpakaian
matahari di atas ubun amat panas
Terlontar terbiar macam cacing kepanasan
tiada siapa yang menolongnya

Masing-masing tidak memperduli, masing-masing jaga diri.

Akhir sekali meniti Sirotul Mustaqim,
kemudian berguguranlah ke dalam api
Di dalam Neraka yang panas dirantai dipukul dibelenggu
makan buah zaqum yang panas

Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia semuanya mati
Di dalam Neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi
Marilah kita insaf dengan cerita ini
marilah kita menyiapkan diri
Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi

Hasil Nukilan
Ustaz Ashaari Muhamad
Pengerusi Rufaqa

4 Babak selepas kematian- sewaktu meninggal,azab kubur,padang mahsyar dan
akhir sekali siratul mustqaim. Lepas tu baru penentuan pergi kesyurga atau
keneraka. Atau ke wildan(neraka tidak syurga pun tidak) tetapi akhirnya
masuk syurga juga dengan Rahmat Illahi.