Jul 26th, 2007
Travel kuching
21-23 julai baru-baru ini, g melancong ke negeri sarawak lak..
dah lama rasanya tak naik air asia..
rasa nya ada kot mencecah setahun..
tahun lepas g sabah.. kali nie g kuching 3 hari 2 malam je.
menginap kat hotel holiday inn, dapat le merasa 1 hari di eksekutif room 1 malam.. esok nya kena la pindah masuk ke bilik standard.. ka ka ka.. anyway merasa la jugak dilayan macam raja..
breakfast everyday kat hotel.. ramai jugak org2 malaysia nie yg berminat nak bercuti di kuching. each time g breakfast mesti ramai orang.. anyway.. makanan nya semua enak2 belaka.. banyak makanan western dari malaysia nya..
first day - di bawa round bandar kuching je
second day - kul 8 pagi dah g bertolak ke serikin, sempadan sarawak dan indonesia.
boleh rabun mata melihat pakaian, beg, telekung, tikar, barang2 etnik
yang dijual kat situ.. kebanyakkan warga indonesia yg menjual pun..
kul 2 lebih dah ada kat bandar kuching, singgah jap kat pasar satok. nak beli ikan terubuk masin.. after that diberi peluang lagi shopping kat Main Bazar, tepi sungai je tu.. lagi la banyak barang etnik kat sini.. tapi mahal sikit la.. kain kumbu dan macam2 lagi la.. kul 5 balik hotel dan lepak2.. malam nya makan seafood.. kat taman kereta..
Masa ini dapat la berkenalan dengan makcik Ana kakak kepada makcik Ani, dia la yg tolong belikan ikan terubuk masin. After this boleh la request tunjuk jalan d kuching lak.. hehehe.. macam nak datang lagi je?
third day - kul 9 bertolak ke Sarawak Village di kaki gunung santubong.. dalam kul 10.40 dah sampai.. round2 dan tgk rumah2 d situ after that dalam 11.30 dapat la tengok show diaorang.. macam2 tarian dan macam2 baju yg diaorg pakai.. kagum la dengan baju manik yg diaorg pakai.. terlampau seni. sampai bandar kuching dalam kul 1.30 dan g makan fast food kat Macdonald.. yang pelik nya d bandar kuching ni, tengok restoran KFC la paling banyak, McD jgn harap.. rasanya cam 1 je yg wujud d bandar Kuching ni.
Lepas makan2, sempat lagi p shopping lagi d Main Bazar.. kali ni jalan kaki lenggang kangkong dari hotel ke situ.. tak la jauh sangat.. sambil2 jamu mata tgk perahu2 d sungai… dan amik gambar. Kul 4 chek-out, dan g Kuching International airport.
Flight delay from 7.20 to 7.50. anyway sib baik tak lama sangat. sampai Kl dalam jam 9.30pm. Amik bus kul 10 bertolak sampai kl central dalam jam 11.00.
Finally, dapat la merasa g Kuching.. so lepas ni.. tau la mcm mana rupanya Kuching tu..