Aug 21st, 2007
Jangan Benci Membenci
Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI
dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita
akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang
yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.
Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat
kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita
mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah
Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua
orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita
sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas
tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur?
secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang
sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan
fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang
Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang
lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-
yang lain.
2) sentiasa bersangka baik
terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)
3) Sentiasa memberikan
senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah,
samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat,
idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan.
5) Sentiasa
memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144
sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila
berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi
dengan kita.
sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.
Bentuk dan pamerkan
sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan
menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri
kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila
mengingati mati.
redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam
dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan
hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati
kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan
kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik
tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah
bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan
dengan doa.
dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri
kita, kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan
sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap
tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa
memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang
anda kisah terhadap mereka"