Archive for December, 2007

masitahikhsan

End Year 2007

bersempena dengan akhirnya tahun 2007, banyak la temu duga dan temu janji yang perlu di set.. ka ka ka.. kalah menteri.. apa laa yg d busy kan..? biarlah rahsia..

semalam.. Eye on Malaysia.. first time in my life.. hahaha.. jgn ketawa yea.. baru la merasa sekali naik.. iyo iyo nak naik juga coz end of the year la konon.. tup tup di anjak lagi tarikhnya.. apa pun dah naik. nak merasa cem mana rasanya.. cubalah naik. hahaha

Pavilion.. patah kaki round. itu pun tak habis round.. no money no shopping.. just talk talk kay..

nasi lemak puyuh.. kempunan nak merasa la.. tak tau bila lagi.. kesian la kita berdua net.. apa pun.. seronok jg sekali sekala duduk di bawah lampu neon berpayung biru dan bermuzik kan kete dan moto.. anyway thanks ainun and naning..

kengkawan yg akan meninggalkan hutan bandar ni.. all the best 4 u all..

My Wish..
Net.. untuk ko aku sanggup je wat apa saja untuk ko.. jgn la sedih nak
meninggalkan zaman lepak ko.. what ever.. ko kena la tunjuk teladan
untuk anak murid yea.. so berSEMANGAT skit nak masuk MAKTAB ni.. nanti
kat Lipis rajin la skit. Don’t worry DOBBY banyak.. :d

Aini.. selamat bertunang.. not promise boleh g ke idak nanti ke
Melaka.. what ever take care yea.. and selamat la masuk MAKTAB yea..
nampaknya mengikuti arwah your mother akhirnya.. GOOD LUCK.. it will be
fun be a TEACHER.. elok2 le nanti kat Pengkalan Chepa tu. Banjir tak?

Nanino.. orang berwajah baru.. banyak azam baru nampaknya ko ni..
maklumlah.. baru melangkah zaman berumah tangga dah kena berjauhan
lak.. jauh gak Maktab BESUT tu.. tak pa la.. jauh semakin rindu.. bila
nak pulang my cinderella shoe.. he he he.. betul2 cinderella la kasut
tu.. all the best 4 you. banyakkan bersabar.

my sis’s.. Norul good luck with ur PLKN… jgn sms je.. jgn main jeling2 plak. esyah.. jaga-jaga skit ngan catur tu, dada.. jgn wat lawak k.. nanti la.. yatie.. semoga sukses dalm hari2 mendatang. all the best 4 u all.

my little brother. Syafik.. GOOD luck.. Semangat skit.. jgn la susah
hati.. Ada rasa Bangga tak jadi warga UITM.. yg lepas tu lepas..
mulakan buku baru k. Jangan pandang belakang!!!

my AQUA’s Friends , long time no see, bila lagi nak jumpa.. dah hampir setahun lebih nie.. agaknya anak2 korang pun dah besar.. miss u all.. all the best in your life..

x-UTM, bila lagi nak lepak JB..

x-Uitm, ada yang nak sambung PhD plak ke? Good Luck..

x-xybase Friends and Virgo Geng.. bila lagi nak open table lagi.. why not Menara KL after this.. hmmmm can? hope will not forgetting each other..

x-housemate, jgn lupa org bujang umah lama.. ha ha ha.. apa2 jgn lupa pos ole2 kalau idak, ada surat yg kena tahan nanti. set k.. selamat maju jaya dalam hidup seharian.

rakan-rakan sekerja,  ingat berkhidmat untuk negara.. kakaka.. all the best for you all,  what ever you all buat.. apa pun jgn lupakan cik kak ni plak.. susah sama2.. senang cik kak tumpang gembira..

kawan-kawan lain yang tidak dlm senarai, bukan dilupai, sentiasa di ingati.. selamat tahun baru dan selamat melaksanakan azam.
Hope all your dreams come true.

To my best of best friend, I want to wish you such a happy, healthy, and prosperous New year my friend! Lots of blessings for you and your family. note 4 (embok) :D

……………………………………………………………………………………

Making a million friends is not a miracle, the miracle is to make a
friend who will stand by you when millions are against you.


Medicines and friendships cure our problems. The only difference is that friendships dont have an expiry date.

A true friend is not like the rain which pours away.A true friend is
like the air. Sometimes silent but always around u.

-adios- 31 Dec 2007 Monday 921 Zulhijjah 1428 Hijrah)

masitahikhsan

milo + teh

which one u want to drink? milo or tea?
hmmm can be both? what the taste will  be?

alkisah nya..
selepas habis tenaga mengemas semua fail dan dokumen…
tetiba rasa dahaga..
p pun bancuh milo, tapi terisi air sejuk..
so.. buang la air tu..
p bancuh lagi.. sedang elok mengacau.. tetiba ada anasir lain lak dalam air..
hisssshhhh
terbantut terus..

ikutkan hati sakit.. dahaga ni..
rajinkan juga p bancuh air.. kali ini teh’o plak…
emm nikmat.. tapi mana la plak breakfast ni.. tak sampai lagi.

hmmmmmmmmm…

akhirnya.. sampai gak..

kesudahannya.. milo + teh  =  loteh..
bukan senang nak senang…

masitahikhsan

What day is today?

2008? lagi berapa jam yea?.. hmmm rasa baru semalam je masuk tahun 2007. macam tak percaya je.. friends.. nak countdown kat mana? entah2 dah dibuai mimpi.. ha ha ha.. so kawan-kawan dah ready dgn azam baru.. apa la agak nya yea? sebenarnya azam tak perlu dimulakan dgn tahun baru.. kalau diikutkan hari-hari kena ada azam.. adanya azam maka akan disusuli dgn langkah-langkah dan tindakan untuk mencapai azam..

apa azam tahun ni? mengumpul kembali azam tahun lepas dan ditambah dengan beberapa azam kecil.. cuba menilai kembali dan memulakan langkah yang baru.. check mana yg patut mungkin ada kesilapan menyebabkan azam yang lalu tak terlaksana.. atau doa yang belum termakbul.. apa pun HIDUP KAN UNTUK BERJUANG..

dari hari ke hari, bulan dan tahun berganti tahun mengajar kita menjadi seorang yang lebih baik / hebat dari yang sebelum. Jika tiada kenangan dan pengalaman lalu tidak akan menjadikan seseorang insan itu menjadi lagi sempurna. Oleh itu jangan dikesali jika ada kenangan pahit yang lalu.. jadikan ia positif bahwa ia mengajar erti hidup dan kekuatan diri. Gembira lah dengan kenangan manis yang lalu, kerana ia memberi semangat dalam meneruskan hidup seterusnya.

Good luck to all my FRIENDs dengan AZAM anda.. Teruskan AZAM yang telah di imaginasi / di fikirkan / ditulis.. mulakan dengan yang kecil.. dari kecil akan menjadi besar.. kalau yang besar tak dapat dipenuhi tak ada la terasa sedih sangat jika yang kecil berjaya.. Ingat ! hari-hari perlu kena AZAM.. :D

masitahikhsan

TEWAS

Jangan TEWAS pada keadaan..

quote ini memang sesuai dipegang tapi mampukah aku?
tepuk dada tanya lah selera anda.. hmmm ye ke?

hari ini PMR result keluar.. teringat plak zaman sekolah dulu..
akulah perintis pertama PMR. i mean batch 1993.. lama dah rupanya dah 10 tahun lebih.. kalau ada anak pun dah besar.. ha ha ha

quote itu, one of my friend kasi.. cam tau2 je tgk muka aku yg blur ni.. ka ka ka.. anyway thanks.. leh share dgn yg lain.
DUGAAN!!! terlampau banyak rasanya ALLAH uji aku.. bila fikirkan negatif.. mesti  menyalahkan diri teruk sangat ke aku nie.. bila fikirkan positif.. dugaan hanya diberi kepada insan yang terpilih oleh ALLAH.. what ever it is.. tanya la diri.. adakah diri mampu mengemudi kapal di lautan bergelora, yang tidak pasti berjaya sampai atau tidak ke destinasi..apa pun.. di luar sana.. mesti ada ramai orang yang lebih hebat dugaan nya.. bersyukur lah dengan apa yg diterima hari ini.. AMIN..

masitahikhsan

Car..

oh no.. again.. my car.. dah la lambat sampai dari biasa.. kete lak plak kena cium dinding.. ishhh.. apa kona la pagi2.. pantang tul la.. may b careless aku kot.. entah apa yg dipikirkan… tp tu la.. rasa nya macam ok je masa nak landing tadi.. haiiii nasib badan… apa nak buat wat lak lepas nie? kena la bawak g cat…

masitahikhsan

Lisan.. Kata-Kata

sekadar peringatan untuk diriku.. lisan ini.. boleh jadi senjata yang
paling
tajam.. tetapi lisan ini juga boleh jadi angin bayu yang lemah lembut
membelai
hati.. maka dengan itu berhati-hatilah dalam berbicara.. tidak semua
orang
punya hati yang keras yakni tidak begitu cepat terasa.. tidak juga
semua punya
hati yang lembut.. yakni senang sekali terasa akan kata-kata yang
dilontarkan
terhadapnya.. maka berhati-hatilah dalam berkata-kata..

teringat pada satu kisah.. seorang ayah yang hebat fiqh da’wahnya..
memberi
tarbiyah kepada anaknya yang cepat marahnya.. yakni seorang pemuda yang

pemarah.. walaupun hanya pada perkara yang kecil.. suatu hari.. ayahnya

memberikan kepadanya tukul dan sekotak paku.. pelik anak muda ini..
terus
ditanyakan kepada ayahnya dalam nada kehairanan.. “untuk apa tukul
dan paku-
paku ini, abah?”.. ayahnya menjawab.. “setiap kali kamu marah,
pakukan tembok
batu di depan rumah kita ini sebagai tempat kamu melepaskan
kemarahanmu.”..
terjawab, tetapi masih hairan, namun tidak dipersoalkannya lagi,
diikuti apa
yang diminta oleh ayahnya..

pada hari pertama sahaja.. sudah 37 batang paku yang dipakukan pada
tembok
batu tersebut.. namun.. setelah bermingu-minggu.. paku-paku yang
kelihatan
ditukulkan setiap hari semakin berkurangan.. tiba-tiba terfikir dalam
dirinya.. lebih mudah baginya mengawal marahnya dari menukul paku ke
tembok
batu di depan rumahnya.. maka dia terus dengan tarbiyah ayahnya..
sehinggalah
tiba satu hari.. di mana tiada paku yang dipakukan pada hari itu..
pemuda
tersebut berjaya mengawal marahnya, tidak sekali pun hari itu dia
memarahi
sesiapapun.. dia dengan gembiranya mendapatkan ayahnya.. lalu
mengkhabarkan
berita gembiranya itu..

apabila diberitahu kepada ayahnya.. ayahnya mengucapkan tahniah dan
memberikan
arahan baru.. kali ini.. pemuda itu disuruh agar mencabut paku yang
telah
ditukulkan pada tembok batu itu satu persatu.. yakni bagi setiap hari
yang
dilalui tanpa kemarahan, maka cabutlah satu paku pada tembok tersebut..

hari berganti hari.. minggu diganti dengan minggu.. siang malam silih
berganti.. masa berlalu.. seperti mana yang ditetapkan Allah.. sehingga

tibalah satu hari di mana pemuda itu berjaya mencabut keseluruhan paku
yang
telah dipakukan dulu.. dia dengan bangganya memberitahukan hal ini
kepada
ayahnya yang dihormati..

lantas ayahnya memimpin tangannya ke tembok tersebut.. lalu berkata..
“anakku,
kamu telah melakukannya dengan sangat baik sekali, tahniah.. tetapi,
lihatlah
lubang-lubang pada tembok batu ini.. tembok ini tidak kelihatan sama
lagi
seperti sebelumnya.. bila kamu menyatakan sesuatu, atau melakukan
sesuatu
ketika marah, ia meninggalkan kesan.. ia meninggalkan parut dan luka..
sama
seperti ini.. kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan
membunuhnya..
tetapi ingatlah.. berapa banyak sekali pun kau memohon kemaafan dan
menyesal
atas perbuatanmu, namun lukanya tetap ada.. luka di hati adalah lebih
pedih
daripada luka fizikal.”..

sekadar renungan.. mungkin salah analoginya.. namun ada yang dapat
diambil
dari kisah ini.. kisah ini bukan rekaan sendiri.. diturun-turunkan
mengikut
generasi.. maka, selagi ia bukan kalamullah atau hadith nabi.. sesuatu
itu
berhak diambil atau ditinggalkan..

ingatlah.. sahabat adalah permata yang sukar dicari.. dia buatkan kita
tertawa.. dia menggalakkan kejayaan kita.. dia jualah yang mendengar..
dia
jualah yang berkongsi suka dan duka.. dia sentiasa membuka hatinya
kepada
kita.. berapa kali pun salah kita padanya.. dia terima seadanya.. kasih
dan
cintanya tidak pada rupa.. tidak pada harta.. tidak pada dunia yang
kita ada..
tetapi pada aqidah yang sama.. dialah yang bersama dengan kita dalam
perjuangan yang panjang jalannya.. jalan yang tiada ditabur bunga,
dialah
penemannya.. jangan yang sempit, bersama dialah terasa luasnya.. jalan
yang
murni dan tinggi ini, kita kongsi bersama dengannya.. semuanya.. kita
tanggung
bersama..

maaf atas kesalahan diri ini.. mohon agar lubang-lubang hati bisa
ditampal
kembali.. ditampal dengan kemurnian hakikat janji ilahi.. keluhuran
budi
perkerti nabi.. iaitu memaafkan dan melupakan itu satu akhlak yang
mulia yang
akan diberi ganjaran yang mulia.. setiap anak adam itu melakukan
kesalahan..
sekiranya nabi yang mulia itu juga bersifat pemaaf terhadap sahabat-
sahabatnya.. malahan Allah Yang Maha Agung juga amat suka memberi
pengampunan.. siapalah kita untuk tidak cuba memaafkan kesalahan
sahabat
kita.. apa hebatnya kita untuk tidak memaafkan malah sombong bongkak
mengatakan kita ini mulia?..

wAllahua’lam.. moga amalan selari dengan kata-kata.. amin..

>>Petikan Induksi07<<

Next »