Archive for January, 2008

masitahikhsan

Kasut Tumit Tinggi

Imagesshoes
Ini menjadi isu yang di utarakan pagi tadi oleh ALLY ISKANDAR MHI. So apa komen dia.. wanita mmg nampak anggun dengan kasut tumit tinggi.. Iye ke.. tapi rasanya, dengan kasut bertumit akan rasa ‘confident’ dalam penampilan.. tapi itu la kan.. dalam penampilan untuk cantik itu ada banyak risiko nya.. for all my lovely girlfriends, better u read this information >>  utusan

Other Story..

Kasut tumit tinggi jejas kesuburan wanita   
   
Berdiri tidak seimbang boleh beri kesan kepada organ dalaman   
   
LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang
wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai
untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan kelmarin.
   
Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang
tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7
sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
   
"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut
bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."
   
Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak
sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan
Scarlett Johansson, mula memakainya.
   
Berikutan Minggu
Fesyen London yang bermula Selasa ini, model Agensi Miu Miu dan Mourets
dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit
tinggi.
   
Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur.   
   
"Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi
perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita
menyangka ia adalah "perut buncit.
   
"Oleh itu, mereka
memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai
visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu,
sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara
tubuh anda dicipta untuk bekerja," katanya.
   
Visceroptosis
ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan
kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki
sebagai mangsa.
   
Moy menambah: "Paling penting ialah
masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi
berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas
tubuh.
   
FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi  Imagesshoes2

- Jejaskan peluang untuk dapat anak 
- Punca rambut gugur 
- Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita 
- Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit 
- Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid   

masitahikhsan

H.a.l.w.a

Mawi.. kenapa la mamat ni glamour? sebab personaliti ? suara ? apa pun dia
mempunyai kehebatan nya sendiri.. apapun sudah pasti dia ada peminat
nya tersendiri.. Angan dan Sedar - Mawi.. not bad juga lagu ni.. ada terasa ke? Whatever.. yang mendegar jadikan halwa, yg menghayati jadikan ubat.. ha ha ha..

Emm hari ni ada teka teki untuk kalian.. semalam ramai juga colleague yg tak dpt nak jawab.. soalan nya. barang apa yg dibeli esok expired? fikir kan la dulu la yea.. jawapan nya nanti.

sambung citer lain dulu, Pernah dengar lagu mawi - Cinta Zulaikha, kisah antara Zulaikha dan Nabi Yusuf. Nak tahu kisah nya g la link ni. http://nurulanis.multiply.com/journal/item/2
macam-macam jenis cinta dalam hidup ini. Cinta kepada ibu bapa, saudara
mara, rakan-rakan dan yang pentingnya cinta pada ALLAH adalah cinta
sejati.

so dah dapat ke jawapan nya.. ke termenung panjang lagi.. semalam call net, katanya minggu ni kalau rajin nak balik kl semata-mata nak mendobi.. mengarut tul la minah, macam la kat Lipis tu tk ada kedai dobi.. hutan sangat ke tempat tu.. hmm dengar org pahang ni kena marah aku.. Terasa plak nanti.. TUNA jgn marah yea.. marahkan Net..

Images

jawapan untuk teka teki.. dah habis pikir.. kalau dah dapat tu bagus la.. anda memang hebat..

jawapan nya: newspaper.. logik kan.. ha ha ha…

masitahikhsan

Hari Minggu

Rasa macam dah lama tak tulis blog. Hari nie berita isu IT hackers dan blog. Emm banyak sangat bijak pandai sekarang. Teknologi yang ada dicemarkan. Akibatnya manusia kena lebih berhati-hati dan kena buat security yg lebih hebat. Kalau tidak masakan negara luar membelanjakan wang berjuta2 untuk reseacrh dan memakan masa bertahun2 hanya untuk security dalam meningkatkan penggunaan teknologi IT. Itulah dunia IT ada pro and cons nya jg.

Leh cam tak kat mana ni?  Ini lah kedai makan d tepi jalan yang telah dirobohkan. Image023_1Emm nampaknya dah tak ada harapan la…  Harapan untuk  makan kedai makcik kelantan.. makcik tom yam…  rindu la plak  kat  makcik-makcik, cik kak, pakcik2, abg2.. so kawan2 lepas ni kena cari kedai lain la nak makan. Hmm kat mana la.. Jauh perjalanan la yea.

sekarang.. Clear je.. luas mata memandang.. hari minggu di dendang dengan lagu rock jentera2 nie.. ditambah dengan kesunyian rumah, masing2 sibuk dengan kerja. Minah ber karier la plak.. aku tak ke? ka ka ka.. dulu la.. sekarang minah renang..  ha ha ha.. tak la..

Waktu malam jadi sunyi sepi dah sekarang.. tiada riuh rendah dan tiada lampu lip lap lagi.. ada satu  malam tu syok melayan citer ‘cinta dan keadilan’ sampai kul 3 lebih balun tak tido.. sakan nampaknya layan astro.. esok pagi sampai terlajak jadinya.. bosan punya pasal.. Tunggu2 member call nak mai umah, tak jadi la plak.. maklumlah sibuk berkemas nak g KPLI. OOO yea hari ni diaorang daftar.. apa la citer nya yea.. bermula la sesi kuliah dan tugasan lagi.. 2 tahun dulu, aku yang sibuk dgn research tugasan kelas malam siang, yg mana x sabar nak d habiskan. sekarang diaorang plak. ALL THE BEST MY FRIENDS. Contact la yea kalau perlukan pertolongan carikan bahan.

masitahikhsan

Salam Maal Hijrah 1429H

Selamat Menyambut Tahun Baru 1429 buat Umat Islam seluruh dunia…

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum
Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat
mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada
Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam
itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau
‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau
pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah
pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam
boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan
larangan berkenaan. Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar
atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa
yang membaca doa ini, syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku
menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat
jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”

Peristiwa-peristiwa penting:

  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak
    terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi
    perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
masitahikhsan

Principles

"The road to success is not straight. There is a curb called Failure, a loop called Confusion; speed bumps called Friends; red lights called Enemies;caution lights called Family. You will have flats called jobs. But, if you have a spare called Determination; and an engine called Perseverance, you will make it to a place called Success!! "

masitahikhsan

J.O.D.O.H + R.U.M.A.H + T.A.N.G.G.A

Jodoh ?
Percaya atau tidak perkataan ini memang tak akan lari dari hidup orang seperti
aku dan teman-teman yang seangkatan. Menjadi serba salah untuk menjawab bila
perkataan ini tak jemu-jemu dikemukakan oleh rakan, saudara mara dan teman
sekerja. Asalnya tak kisah lama-lama menjadi kisah plak.. ha ha ha.. Runsing
ke? Rileks la kan
.. Hidup tak ada masalah memang tak normal. He he
he.. (untuk sedapkan hati) :D

 

Wanita ibarat epal. Epal
yang berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal
yang tak mampu di beli berada di puncak. Susah diperik susah dugapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum
dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya
sehingga tidak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar
hebat sahaja mampu. Mungkin bukan didunia tapi diakhirat.?????. Biarlah jodoh
bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi
.


Kenapa masih belum berumahtangga???

Mungkin anda pernah diajukan soalan ,
“kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah,
“Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang
lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir
Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22,
“Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan
makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu
Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia
menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi
jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia
memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan.
Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah
tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha
Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada
makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum
keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan
yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

 

Wallahu’alam

 

Jodoh pertemuan di tangan-NYA, kita semua hanya mampu
merancang & berusaha.. bohong kalau antara kita yg masih lagi belum
berumahtangga menyatakan yg kita x pernah berkenalan @ menjalinkan persahabatan
yg menjurus ke arah percintaan. Cuma jodoh belum sampai yg ada hanyalah
pertemuan.. Semua ini kehendak-NYA. Siapalah kita, hanya seorang hamba &
hidup ini adalah satu pinjaman
. Cuma satu persoalan… Perlukah kita redha dgn
apa yg terjadi.. pasrah saja sedangkan saban hari kita di ketawakan oleh
manusia sekeliling kita. PERLUKAH…?

******************************************************************************************************

Next »