Archive for February, 2008

masitahikhsan

Kerana Suka

 

Lakukan apa sahaja perkara kerana Minat dan Suka
akan Membuahkan Hasil. Yang mana sesuatu kerja yang dilakukan kerana Suka akan
memberi Kepuasan kepada diri kita sendiri.

Ini lah kata-kata yang diucapkan oleh Pengacara Glamour Ally Iskandar dan
Wardina. Today 29 February 2008,Susah nak dapatkan tarikh hari ini. Tahun Genap dan Tahun
Lompat.



Lagi satu..

Semua perkara akan menjadi susah sekiranya kita tidak melakukannya dengan
ikhlas. Sekiranya kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, setiap perkara
yang dianggap sukar oleh orang lain, tetap mudah bagi kita.

Sekiranya kita ikhlas melakukan sesuatu perkara, kita pasti akan
melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan penuh bersemangat. Oleh itu
dahulukan keikhlsan dalam melakukan sesuatu perkara.

 –sayonara–  Images_2

masitahikhsan

BANDUNG TRIP

Minggu lepas sesi bercuti ke Bandung Indonesia kali
ini pada jumaat 22 Feb 2008 sehingga 24
Feb 2008. Setiap hari aktiviti penuh dengan shopping. Memang itu
tujuan nya, g sana bukan untuk
melancong dan merehatkan minda. :d

 

Dsc01008_1
Bertolak dari LCCT KL jam 11.35a.m yang mana perjalanan
mengambil masa 2 jam 10 minit. Sampai di Bandara Husein Sastranegara

Bandung,
jam 1.10p.m (waktu Malaysia
2.20p.m). Selesai segala urusan di airport terus ambil taxi dan ke hotel ARION
SWISS-BELHOTEL. Dalam taxi semua nya sibuk mencari rooming. Faham2 je laa. At
last dalam 4 orang 2 orang je dapat rooming. Gie tempat orang macam-macam
perkara yang pelik boleh dilihat jika dibandingkan dengan Negara sendiri. Orang
bandung memang berusaha keras dalam
mendapatkan se-sen duit. Menjual air, rokok, buah di setiap kereta yang lalu di
tepi-tepi jalan. Perkara yang pelik ialah ada yang siap bermain gitar dan menyanyi
di tepi tingkap setiap kereta yang berhenti untuk dapatkan duit. Suara diaorang
boleh tahan nya merdu.. Bukan tu sahaja, ada juga yang meminta sedekah di
setiap kereta. Nasib baik sepanjang berada di sana,
mobil yang kami naiki memang ditutupi tingkapnya..

 

Sampai hotel, taxi amik tambang 30,000rp. Bilik amat
memuaskan. Family suite utk
3-4 orang. Dalam bilik siap ada tangga, jadi 2
orang tido bawah 2 lagi tido atas. Rehat 30 minit terus kuar g lobby untuk
welcome drink. Layan baik nya.. SibukDsc01063_5
mencari transport dan survey harga, at
last option terakhir, call pakcik teksi tadi untuk charted taxi dia. Dia
charged dalam 200,000rp. Nama pakcik ni Pak Dudut.

Jam dah pukul 3.45 waktu Malaysiadan kami belum Lunch lagi. Perut teramat la lapar. Ema nak sangat makan nasi padang,
so we ask pak dudut mencari kedai makan yang halal. Masuk je kedai dan duduk,
terus di hidang dengan pelbagai lauk,
sayur,daging dalam piring yang kecil. Disamping
tu ada nasi, air jarang (air masak) dan mangkuk kecil berisi air (utk cuci tgn)Dsc01019
setiap orang. Emm tengok makanan sedap2 ditambah riak muka rakan2 melihat
makanan yang pelik dan nama makanan yg tidak begitu fahami apabila ditanya.. ha
ha ha, apa pun sebelum makan minta cik adik kedai tu kutip piring2 berisi lauk
pauk yang tak berkenan. Because kalau dah touch that’s mean u must paid.
Selesai makan dan sebelum bayar kena check bil dulu.. Bukan apa, ada makanan yg
tidak d makan termasuk dalam bil juga. Semua nya sekali dalam 61ribu rupiah.

 

Perjalanan seterusnya ke Jln Setiabudhi, kat sini kitaorang
g factory outlet RUMAH MODE, MODE PLUS (sebelahnya sahaja), NATURAL, DONATELLO.
After that teruskan perjalanan ke Jln Riau, kat sini singgah di HERITTAGE,
TERMINAL TAS. Yang tak sempat gie kat sini THE SUMMIT,
walhal sebelah je melintas jalan. Tapi nak buat cem mana, jam dah kul 9 mlm,
kedai pun nak tutup. Dinner lum lagi, kaki dah penat dan perut pun dah
bergendang. Kehendak tu melangit nak bershopping, sampaiDsc_5828
makan pun terabai
sekejap. he he he.. So terus g Rumah Makan Sulawesi (tempat yg d suggest oleh
Mona). Makanan nya SUPERB, masa makan siap didendangkan lagu lagi.. Best..
Semua nya kena dalam 154ribu.. on the way back, Pak Dudut kata situ mahal
makanannya, kerana ikan pun ada saiz M,L,XL. So that night ainun suggest untuk
Dinner d kampong daun utk esok hari. Balik hotel semua nya pengsan..

 

Hari ke-2, booking kete pak dudut , tapi hari ni bukan naik
teksi, kete Toyota lagi tu. Sewa 1
hari dalam 400 ribu. Hari tu Roby kata 300ribu leh dapat. Tu la jual mahal lagi
dgn roby. Apa pun, pak dudut nie pun kira ok, because dia nie knowledge juga
orang nya. Tanya nama tempat semua nya tau. Sebut je. Kalau dia tak sure, siap
tolong tanya lagi. Kira bagus la. Breakfast hari ini dihidangkan dengan makanan
yg lazat dan berlainan dari Malaysia.
Sementara menunggu Pak Dudut sampai utk menuju ke PASAR BARU, kitaorg
bergambar. Minta tolong pekerja hotel amik satu gambar je, tapi dia punya offer
diri ambil photo untuk pelbagai sudut plak.. bagus betul la.

 
Di pasar baru sana dalam kul 8 lebih, banyak kedai tak buka lagi. Mostly buka kul 10 tutup kul 5.
so merayap satu pasar baru dari dasar 1,2, lantai 1-8. bayangkan lah.. mau patah
kaki d buat nya.. ada juga kedai2 yang kena skip. Rambang mata nie, sampai tak
tahu nak beli apa. Terlampau memilih pun yea, manatau jumpa lagi lawa, at last sampai
tak terbeli barang yang d kehendaki.. emmm, kesimpulan nya, nampak barang yg
berkenan terus cekau je.. Sampai kedai tutup pintu pun kitaorang still berjalan
plus bargain.. jenuh jg nak tawar menawar, diaorg ni lak mcm dah fix harga mati
je.. nak ambil, tak mau sudah. Baper kali trip pak dudut amik barang dari
kitaorang masuk kete. He he he.

 

Lunch hari ini ialah pakej makanan sunda. Satu pakej untuk 2
orang ada nasi, ikan kerapu, sayur kangkong, ulam, sambal dalam 35 ribu. Yg
best nya cara dia hidangkan nasi tu, siap letak daun pisang dalam bakul
mengkuang.. cun habis.. lepas nie leh la wat bisness pakej nasi sunda plak.. yang
ini pun siap disediakan mangkuk air basuh tangan setiap orang. Habis shoping di
pasar baru petang tu, terus balik hotel rehat 1 jam. Tak sempat nak cari emping
melinjo dan g tempat cd murah2. 1 keping dvd leh dapat rm1.60 kat kota kembang.. Net kata tempat ni mmg best. Leh dapat pelbagai citer jepun, korea,
English.
Sayang sayang
sekali tak gie. 

 

Habis rehat, sambung shopping ke jalan Dago plak. Kat jalan
dago ni memang meriah. Kat sini banyak factory outlet, shopping complex dan
hotel. Banyak lak budak2 muda melepak, pelancong pun ramai. Kat sini ada kedai yang
dibuka sampai pagi. So di Jln Dago hanya sempat masuk satu factory outlet je
RICH FAMOUS. Ainun mencari barangan member yg belum sempat d beli. Seluar jeans
leh tahan murah, BVLGARI, VERSACE leh dapat 179ribu, barangan berkualiti tu..
convert la korang duit tu baper.. (rate 0.356) Kat Malaysia leh dapat ke? Kali ni Dinner bukan di kg daun, tak sempat nak ke kg daun sebab jauh
skit. So hari ni makan kat kedai makan biasa je. Invite pak duduk dinner
sekali. After that singgah ke JONAS PHOTO. Kat sini leh beli album, photo
frame, barangan kamera. Harga mmg ok. So borong plak album hardcover. Memang
cun dan Puas hati. Besar kedai ni 2 tingkat siap ada studio. Yang best dan
hebatnya kedai ni menjual begitu banyak album dan frame gambar siap. Kedai pun
dah tutup baru lah kitaorang balik ke hotel dan kemas barang. Datang dengan
satu bag, balik dengan 3 bag. Ka ka ka.. cem mana la esok kat airport..

 

Hari ke-3, penat nya tak ingat.. kul 8 pagi janji dengan pak
dudut nak ke airport. At last 8.30 baru bertolak dari hotel. Check in, bayar
tax 60ribu dan lalu di Dsc01129_2immigration. Yang paling terkejut ialah tempat menunggu
nya kena naik tangga dan kecil je. Walaupun keadaan airport macam usang tapi
kebersihan masih diutamakan. Alhamdulillah flight tak delay (10.35 a.m Dsc01140
bertolak) dan sampai di KL dengan
selamat nya pada jam 1.40pm. Selamat
tinggal Bandung and Thank you very
much to Pak Dudut. Ada rezeki dan
umur panjang ketemu lagi BANDUNG.

 

 

masitahikhsan

B.O.D.E.K

Setiap dari kita hendaklah berusaha menjauhi sifat ampu atau bodek ini
dengan mengamalkan nilai2 murni seperti ikhlas, jujur, amanah, cekap, kreatif,
inovatif, bertanggungjawab, rajin dan lain2.

Kita kenalah bijak berinteraksi dengan pekerja-pekerja lain dan juga dengan
majikan.  Janganlah bersikap memencilkan diri, terlalu pemalu atau kurang
bercakap.   Keadaan ini juga akan mempengaruhi prestasi kerja
yang  mana mungkin menyebabkan lambat mendapat kenaikan pangkat.
Tetapi bila ada yang bijak bercakap dan peramah ada pula yang menganggap kaki
bodek.  Betul tidak? Susahnya buat itu salah, buat ini salah. Tetapi
janganlah pula sampai jadi kaki bodek. Perkara sebegini secara tak langsung
akan mewujudkan suasana yang tidak sihat di tempat kerja.

Majikan seharusnya bijak membaca bahasa tubuh seseorang itu dan tidak mudah
terpengaruh dengan sikap kaki bodek.  Mereka hendaklah tahu membezakan
antara pekerja yang bekerja dengan jujur dan kakitangan
yang bekerja untuk mencari nama dan pangkat demi kepentingan diri sendiri
sahaja.

Dan di pihak kakitangan pula, kita hendaklah mempunyai prinsip yang
betul, kita perlu bersikap kritis dan memberi pandangan
membina untuk kebaikan organisasi.

Budaya suka membodek ini bukan sahaja memberi kesan kepada orang yang melakukannya ,
tetapi memberi kesan negatif kepada orang lain.

Budaya bodek ini ada kaitannya dengan sikap hasad dengki. Apa yang
menyebabkan timbulnya rasa hasad dengki ini?  Banyak
sebabnya dan salah satunya ialah apabila cita-cita tidak tercapai dan
memungkinkan seseorang itu melakukan tindakan yang lebih buruk seperti
menyebarkan fitnah dan sebagainya.  Rasa kecewa dan berputus asa
akan menyebabkan timbulnya permusuhan di tempat kerja.

orang yang suka bodek ini adalah orang yang lemah dalam segala hal.
Beliau tidak ada kekuatan untuk dibanggakan dan orang lain lebih bagus,
lebih pandai, lebih menarik dan segala2nya lebih dari dia.  Dengan
kekurangan yang ada pada diri, ditambah pula dengan sikap yang lebih
pentingkan diri sendiri dan bersikap negatif ini, dia tidak akan sedar yang dia
telah menganiayai orang lain.  Orang yang sebegini memang tidak sensitif
langsung dengan apa yang orang cakap…..dia boleh buat muka tembok dan buat
derkkkk..je…

Kenapa harus berhasad dengki dan tidak senang pada kejayaan orang lain?
Seharusnya yang baik dan bagus pada orang lain kita ikut.  Tapi nak buat
macam mana, dah sikap macam tu…memang susah nak ubah dan tegur.

Jadi jauhilah sikap suka bodek ini.  Janganlah suka mengampu.
Walau apapun bidang tugas yang diceburi, setiap dari kita hendaklah mempunyai
prinsip yang betul.  Kita buat kerja kita, jangan

cuba

cari kelemahan orang lain. Mencari kelemahan orang adalah lebih mudah
daripada mencari kekuatannya dan apa yang buruk itu teramat mudah merebak dan
sukar untuk ditangani.  Dan ingatlah, hati yang busuk tidak akan membawa
apa2 kebaikan.  Sampai masa bila semuanya sudah terungkai, segalanya bak ”
nasi sudah menjadi bubur “.

Dibawah ini ada sedikit tips untuk dikongsikan supaya kita dapat bekerja dalam
situasi yang sihat dan jadi kakitangan atau pekerja yang berkesan.

1.  Bekerjalah dengan hati yang ikhlas dengan niat
mencari keredhaan Allah
, mendapatkan rezeki yang halal, dan dapat
menambahkan lagi bilangan sahabat. 

2.  Tingkatkanlah nilai dalam diri.  Nilai
bersih, cekap , amanah, inovatif, kreatif, bertanggungjawab hendaklah ada dalam
diri kita supaya kita boleh menjadi pekerja yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

3.  Jaga hubungan sesama rakan sekerja.  Jangan
hanya baik dengan majikan sahaja, tetapi peliharalah hubungan, kemesraan, baik
hati, budi bahasa dengan semua rakan sekerja.

4.  Berbincanglah dan mintalah pandangan sahabat2.
Jangan buat sesuatu secara bersendirian.  Wujudkan satu kerja berpasukan
yang efektif.

5.  Jangan terlalu memencilkan diri.  Ini boleh
menjejaskan hubungan dan pastikan apa yang dibuat tidak janggal di mata orang
lain.

6.  Ambil kira pandangan orang lain untuk memastikan
tindakanb yang kita lakukan itu betul

Oklah, setakat ini dulu yang dapat d utarakan. 

Wasalam

 

Petikan ni diambil daripada http://www.saraebooks.com/blog/tentang-hidup

 

masitahikhsan

Tikam belakang……….

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Anda sihat ke?  harap anda semua
sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira selalu.

Hari ini topik kita adalah berkisar kepada perasaan cemburu
dan iri hati seseorang yang mengakibatkan orang lain
tersungkur.

Menikam dari belakang memang merbahaya kerana sikap atau perbuatan ini
melibatkan orang yang dikenali dan bersahabat dengan kita.  Ianya adalah
lebih tepat jika dikatakan sahabat aniaya sahabat.

Dalam konteks pekerjaan di pejabat, perasaan cemburu,dengki, hasad, tidak
puas hati dan segala yang bersifat negatif itu sudah menjadi lumrah, yang telah
wujud menjadi biasa dalam diri manusia di mana2 saja.

Di pejabat budaya sebegini memang menjadi perkara  biasa jika ada orang
yang dengkikan orang lain, jika orang itu lebih baik daripadanya samada dari
segi ilmu, pangkat dan kekayaan.

Ini kerana manusia memang secara semulajadi mempunyai sifat cemburu dan
mereka berperasaan begitu kerana mereka ada berbagai nafsu.

Namun begitu, seharusnya kita sedar ,kita patut jadikan nafsu sebagai
senjata yang baik kerana nafsu itu mewujudkan perasaan berlumba2 dalam diri
manusia.  Mereka boleh bersaing sebab persaingan itu datang daripada
nafsu, yang seterusnya melahirkan perasaan cemburu.

Sebenarnya cemburu bukanlah sesuatu yang tidak bagus tetapi dengan syarat ia
tidak memudaratkan orang lain.  Dalam Islam perasaan ini dikenali sebagai
ghibtah iaitu perasaan cemburu yang menyebabkan seseorang itu mahu menyaingi
orang lain untuk mendapatkan kedudukan atau pangkat yang sama atau lebih tinggi
tetapi seharusnya perasaan itu tidak sampai menyebabkan seseorang itu berdengki
atau menikam belakang sehingga menjatuhkan orang lain.

Tikam dari belakang juga berpunca daripada perasaan tidak
puas hati dari segi kebendaan.  Senario ini bukan sahaja staf bawahan
menikam pegawai atasan dengan berusaha menjatuhkannya daripada kedudukan yang
disandang tetapi boleh juga berlaku pegawai atasan menikam belakang staf
bawahan seperti tidak memberi penilaian yang sebaiknya sedangakn orang itu
berhak.

Samada menikam belakang staf bawahan atau pegawai atasan, masing2 ada
keburukannya.  Jika staf bawahan menikam belakang pegawai atasan, ia boleh
merosakkan hierarki dan struktur organisasi.  Jika
melibatkan pegawai atasan menikam belakang staf bawahan, ia akan membunuh
peluang dan mengurangkan tenaga2 yang baik dan berpotensi.

Sepatutnya kita menambahkan bukannya mengurangkan sebab bila semua orang
berpeluang untuk mendapat kenaikan, ia akan memberi rangsangan kerja,
menimbulkan semangat dan memberi peluang untuk kumpul kekayaan dunia.
tetapi jika ada yang menyekat persaingan yang sihat itu, orang akan menjadi
mundur.

Dalam bab tikam belakang ini, jika ini berlaku kepada kita, kita tidak
seharusnya membiarkan diri kita terus dikacau.  Kita hendaklah bertindak.
Tetapi tindakan kita tidak boleh lebih daripada apa yang telah berlaku kepada
kita.  Tindakan yang patut diambil sebaik2nya janganlah menjatuhkan orang
berkenaan tetapi berusaha untuk naik sepertinya, malah lebih tinggi
daripadanya.

Orang yang mengamalkan tikam belakang itu mungkin hanya berada di kedudukan
itu sahaja, sebaliknya orang yang merasakan diri “ditikam” jika berusaha, tidak
mustahil untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi daripada oirang yang
menikam itu.

Wajarkah kita mengundurkan diri apabila merasakan diri kalah mempertahankan
hak apabila ditikam belakang?

Sebenarnya ini bergantung kepada keadaan dan siapa yang lebih mendominasi
keadaan di sesebuah organisasi.  Biasanya terdapat 2 jenis pekerja iaitu
pertama yang baik dan yang kedua yang buruk.

Jika kita berada dalam golongan yang kedua dan yakin diri
kita gagal membendung keadaan, tidak salah jika kita berundur diri dan
cari tempat kerja yang stafnya yang baik.  tetapi jika seorang dua yang
bersikap begitu, kita haruslah pertahankan diri.

Sebenarnya apakah punca tikam belakang?

1.  Sikap manusia yang tidak pernah berpuashati.  Tak kiralah
dalam hal apa sekalipun namun itulah lumrah kehidupan

2.  Hasad dengki, iri hati dan tidak senang dengan kekayaan dan
kedudukan orang lain.

3. Malas dan asyik hendak menggunakan jalan pintas.  Manusia sering
mahu mendpat kedudukan dengan jalan mudah dan usaha yang sedikit.

Banyak lagi sebab yang menjadi puncanya namun hanya itu yang Dapat
utarakan.  Semoga anda juga boleh berkongsi disini tentang isu yang tak
pernah berakhir ini yang sentiasa berlaku dalam mana2 pejabat.

Terima kasih, jumpa lagi.

Wasalam

Images_1

Petikan ni diambil daripada http://www.saraebooks.com/blog/tentang-hidup

Elok la dengar lagu ni key.. Hadapi Dengan Senyuman

masitahikhsan

Kerana MANJA

Hariwilayah2008_3

Hari Wilayah.
Amazing.. jalan kl yang begitu sunyi sepi.. tak perlu susah hati berjalan bergesel bahu..KA KA KA.. tak ramai org pun. semua nya lepak rumah laa. wat pe nak penatkan badan kuar umah. nama pun cuti..

Ikea

4 hari lagi nak RaYA TIKUS, Opss Silap Raya Cina.. Dalam keadaan hujan ni pun ramai orang lagi.. diaorang ni tak reti lepak umah ke..ingatkan ramai nak g shopping rupanya ramai nak g tgk wayang.. Why IKEA.. Itu kena tanya MANJA..

masitahikhsan

TEMPE

Kenapa Tempe? Hari ni salah seorang pengacara MHI berazam nak makan tempe. He he he. Tapi itu bukan topik utama nya, Ada kisah berkenaan TEMPE yang elok untuk dikongsi sebenarnya.. korang suka makan tempe ke? Orang kata, orang Jawa je suka makan. Tempe ni elok untuk kesihatan sebenarnya. Tak percaya, buatlah research.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat  yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa,
padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Allah

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.

-MNS 4 FEB 08-