Archive for March, 2008

masitahikhsan

Kisah Sejarah Sumayyah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu.

Sumaiyah
binti Khabbab merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu
seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari
kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan
beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya
menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai
seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin
dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan
itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah
sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam
yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhamad s.a.w di Mekah.

Kisah
beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh
Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga
serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan
seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi
Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat
apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir.
Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan
jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga
Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka
sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam
yang gugur syahid.

Sumbangan
Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam.
Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup
mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga,
memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan
agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam
yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumaiyah sekeluarga:

  • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
  • Rumah mereka dibakar
  • Dicucuk dengan besi panas
  • Ditikam dengan lembing
  • Dicungkil biji mata
  • Dibenam ke dalam air

Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah) by Hijjaz

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

Link song..



masitahikhsan

9 mimpi Rasulullah s.a.w.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT" Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak pasti samaada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa2 keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat utk hari ini adalah yg terbaik. Kerana perkara yg terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg baik utk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan manis untuk kita pada masa akan datang."

-wassalam-

masitahikhsan

March

 

Pejam celik dah nak sampai penghujung bulan mac. Cepatnya
masa berjalan. Semalam MHI soalan yang dikemukan oleh pengacara dan menarik
minat, apatah lagi ditujukan kepada ALLY…Baper kali beli gula dan beras dalam
satu tahun? Ha ha ha.. so apa action orang tu, sambil tersenyum dan menjawab,
duk sorang rumah wat apa susah2. Tul juga tu kan..

 

Hujung minggu pertama mac ini, Malaysia dilanda kesibukan dengan pilihanraya. Nak jadikan cerita 1st time ngundi tu. ha
ha ha. Tu la dulu sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak tengok matahari. Kesian
nya.. Kalau la masih lagi kat company lama, agaknya masih lagi tak mengundi
kot. Jangan tak percaya.

 

Ari tu g Cyberview Lodge Resort and Spa.. Gantikan member
untuk workshop SAGA. Syok dengar talk daripada Coach Aziz. Talk ini berkenaan
Pengurusan Perubahan.. Apa yang dirubahkan nya tu??? Alhamdulillah,
bertambah-tambah lagi ilmu disamping dapat menilai diri kembali. Food? Jgn
citer.. Memang Sedapppp. Sehari 4 kali makan. Daripada workshop tu, kalau di
renung bukan senang nak jadi LEADER. Banyak perkara perlu diambil kira. What
you FEEL, THINK, SAY, DO. Apa pun kata-kata yang masih segar dalam ingatan ini.
What ever you do, If you’re not success, don’t blame others. You are less
powerlessness when you start Blaming, Excuse, Denial.

 

Semalam g secure asiasecurity. semua
produk daripada singapore,
india berkaitan
dengan security network, antivirus, spam, lain2 lagi la. Ini kali ke-2
exhibition ni kat Malaysia.
Kali ni di MATRADE, nampak macam tak ramai orang seperti selalu. Maybe sebab
jauh dari kenderaan awam kot. Ada
plak mamat sorang ni leh plak bercakap pasal cem mana kalau bangunan ni roboh.
Emmm no komen, tapi ada kalanya terasa bergoyang juga. Bukan sekali je, tapi
sampai dua kali terasa.. ish ish ish.. memang tak sabar la nak balik je..

 

Semalam juga bertugas jadi Usherette. First time nampaknya ni. emmmm tak
tau nak citer la. Gelabah ke? ada la skit kot. Ntah apa2 la aku ni.. Bukannya
Keje susah pun.. hmmmm kat opis, jgn citer la. org-org kewangan tau la apa
kisah nya. ha ha ha.. Bertugas kat mana tu? HOTEL HILTON di KL CENTRAL.. :) Sampai
hotel still control je, be cool. Apa pun semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdullillah. Lum cuba lum tau kan. Selain dapat makan
free, dapat la juga belajar perkara yang tak ada kat IT.. Ilmu apa tu yea?
Tacit knowledge!!! Walaupun sakit kaki sikit tapi HAPPY at least dapat la melihat
wajah-wajah penting ST ni.

 

Last .. THANKS for the Bouquet.   Images_5    Dsc_0331   
   

masitahikhsan

Dayang

    Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…

Dikamar daku sering bertanya

Mana tempatku di dunia

Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa

Memberikan hidupku makna

Tepuk dada tanyalah selera

Korus:

Inginku(kiniku) mengenali

Erti hidup yang diberi

Dunia jadi saksi

Liku-likukan ku harungi oh…

TIdak lagi kan aku disitu

Menyaksikan kehidupan berlalu

Kanku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada

TIdak akan daku sesali

Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku

Kemana majuku

Kini ku berani mengemudi

Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi

Aku tetap teguh berdiri

Penuh pengorbanan yang sejati

song: Erti Hidup
singer: Dayang

masitahikhsan

Hati Yang Ikhlas

Agama
Islam yang menjadi pegangan umat manusia pada dasarnya mengungkap makna
kepatuhan dan ketundukan secara menyeluruh kepada Allah SWT. Kerangka
pengertian ini tidak akan tercapai tanpa dimulai dengan sifat
ikhlas–tawakal sepenuhnya ke hadirat Ilahi yang Maha Esa secara mutlak
tanpa terselip tujuan atau motif lain yang bersifat duniawi.

Bukankah
Allah SWT berfirman: ”Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali untuk
beribadah kepada Allah dengan ikhlas dan teguh. Mendirikan shalat dan
mengeluarkan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.” (QS
Al-Bayyinah, ayat 5) Dari sudut bahasa, istilah ‘ikhlasberasal dari kata ‘khalish’
yang berarti murni, suci, bersih, tidak bercampur dengan noda atau yang
kotor. Laksana susu yang suci dan bersih dalam perut sapi, tidak
bercampur dengan darah dan kotoran.

Adapun Imam al-Ghazali menegaskan, ikhlas
adalah sidqun niyyah fil ‘amal, yaitu niat yang benar ketika
melaksanakan suatu pekerjaan. Dengan kata lain, setiap amal soleh dan
kebajikan yang ingin dilakukan semestinya berorientasi karena Allah.
Tanpa keikhlasan, semua amal kebajikan yang dilakukan, sangat mudah
terkena penyakit hati yang sangat berbahaya yaitu riya dan bangga hati.

Orang yang ikhlas adalah
manusia yang dilindungi oleh Allah dari penyakit hati tersebut.
Rasulullah memberi peringatan kepada umat Islam agar menjauhi hal-hal
yang bisa menodai dan mengikis sifat keikhlasan kepada Allah seperti
sombong. Sabda Rasulullah SAW: ”Sedikit dari sifat riya itu adalah
syirik.Maka, barang siapa yang memusuhi wali-wali Allah niscaya
sesungguhnya dia telah memusuhi Allah. Sesungguhnya Allah sangat
mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta yang tidak diketahui
orang lain tentang dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang dalam
acara apapun, mereka tidak dicari oleh orang lain, dan kalau mereka
hadir di situ mereka tidak begitu dikenali oleh orang lain. Hati nurani
mereka umpama lampu petunjuk yang akan menyinari mereka hingga mereka
keluar dari tempat yang gelap gelita.” (Hadis riwayat Hakim)

Itulah
harapan dan impian mereka dengan pengabdian yang penuh tulus dan ikhlas
semata-mata karena Allah. Allah berfirman, ”Katakanlah: sesungguhnya
solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan
yang memelihara dan mengatur seluruh alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan
demikianlah aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah
orang yang pertama Islam (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi
perintah-Nya).” (QS al-An’am, ayat 162 - 163).

Imam al-Ghazali
menyatakan, semua manusia sebenarnya celaka, kecuali yang berilmu.
Ilmuwan juga celaka, kecuali yang benar-benar mengamalkan ilmunya. Yang
disebutkan terakhir ini pun celaka, kecuali yang menghiasi diri mereka
dengan sifat ikhlas. Ringkasnya, selama seorang Muslim itu menyerahkan
dirinya sepenuh hati kepada Allah dengan penuh keikhlasan, maka selama
itulah segala gerak gerik dan diamnya, tidur dan jaganya akan dinilai
sebagai satu langkah ikhlas dan tulus menuju keridaan Allah.

Tiga ciri ikhlas
Seorang yang ikhlas memiliki ciri tersendiri sehingga menjadi lambang keperibadiannya:
Pertama,
tidak terpengaruh atau termakan oleh pujian dan cercaan orang lain.
Bagi mereka segala pujian yang indah atau cercaan yang buruk adalah
sama nilainya.
Kedua, tidak mengharapkan balasan
atau ganjaran dari amal kebajikan yang pernah dilakukan, tetapi dia
hanya mengharapkan keridaan Ilahi.
Rasulullah SAW bersabda: ”Pada
hari kiamat nanti, dunia akan dibawa, kemudian dipisah-pisahkan, apa
yang dikerjakan karena Allah dan apa yang dilakukan bukan karena Allah,
lalu dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadits riwayat Baihaqi)
Ketiga,
orang yang tidak pernah mengungkit-ungkit kembali segala kebaikan yang
pernah dilakukan. Artinya, orang yang selalu menyebut tentang kebaikan
yang pernah dilakukan, apalagi menghina dan memburuk-burukkan orang
yang pernah diberikan bantuan, maka sesungguhnya dia sangat jauh dari
golongan orang yang ikhlas. Rasulullah SAW pernah memerintahkan kita
agar bersedekah secara diam-diam, jauh dari penglihatan orang banyak.
Umpama tangan kanan memberi sedangkan tangan kiri tidak mengetahuinya.
Sabda Rasulullah SAW: ”Bahwa sesungguhnya Allah tidak melihat kepada
tubuh dan rupa kamu, tetapi Dia hanya melihat kepada hati kamu.”
(Hadits riwayat Muslim)

By Maya Fajar

(Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi )

masitahikhsan

Pergi tak kembali

Hari ni masuk 16 hari sahabat karib abah dan jiran ketika masa duduk quaters kerajaan dulu, pergi selamanya. Melihat isterinya yang tabah dan anak sulung yang sebaya aku, hampir nak menitis air mata di buatnya.. bagaimana kalau tempat dia itu adalah tempat aku.

Memang senang mengucapkan perkataan SABAR, tetapi yang mengalami nya hanya HATI dan TUHAN yang tahu. Walau apa pun, mak Nah dan anaknya memang SABAR dan sentiasa INGAT pada ALLAH. Alhamdulillah atas didikan agama yang sempurna kepada anak-anaknya, mereka dapat menolong AYAH mereka. Siapa lagi kalau bukan anak-anak kan memberi bekalan kepada arwahnya.

Orang yang baik selalu nya akan cepat pergi dulu. Arwahnya memang seorang yang lembut tutur kata, sopan santun, berbudi bahasa, penyayang dan penuh dengan kasih sayang. Orang yang sangat sabar dan sungguh bertimbang rasa. Terkenang aku arwah datuk. Layan nenek macam puteri. :d   Terkenang masa kecik dulu, arwahnya rajin menghantar ayam masak kari ke rumah. Maklumlah, dulu duduk di bawah atap rumbia.. :)

Ajal maut semuanya terletak di tangan yang Maha Kuasa. Siapa sangka dalam 20 jam berada dalam keadaan sihat walafiat, tetiba dalam masa yang berbaki merasa sakit yang tidak tenat dan akhirnya memejamkan mata meninggalkan orang tersayang. Hanya dalam sekelip mata.

Siapa tahu apa yang berlaku esok hari. Manusia hanya merancang, tetapi ALLAH yang menentukan segalanya. Sebagai Umat kita hanya berserah kepada Qada dan Qadar nya. Tabahkan hati, Kuatkan Iman dan Banyakkan Istifar.

Semoga arwah pak Manap dicucuri RAHMAT. Amin.

Next »