masitahikhsan

Cinta Suci..Ada Lagikah Jejaka Spt Dia??

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di
perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita
sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama
& alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu
"Catrina…kesepian & perlukan sahabat".

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang
ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan
dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan
daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si
jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis.
Walaupun kedua-keduanya masih belum  melihat rupa masing-masing, tapi
perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke
medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia
tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat
berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang
padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang
diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa
sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga
memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan
malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu…

Beberapa bulan kemudian…

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen  keretapi di
bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang  bunga di tangan. Dilihatnya
seorang demi seorang gadis yang  lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk
di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya
cacat sebelah… sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar
berwarna merah… Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri
menghampiri si gadis.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka
terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat
merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu  denganmu.." sambil kemudian mencium
tangannya. Si gadis itu  terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.
Tapi ada  seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar  tadi.
Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di  restoran
dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan  bertemu orang
tuamu….."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada
hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap
berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan
gadis cacat itu adalah Catrina… Sesungguhnya semua manusia harus  berfikir
seperti dia…



Comments RSS

Leave a Reply