Hai.. everybody.. lama dah tak menaip kat
sini.. Apa citer cuti sekolah baru-baru ini? Banyak event, banyak tempat yang
di kunjungi? Apa pun sure bestkan berseronok bersama family / friends. Bila lagikan, hari lain sure sibuk dengan keje. time nie la nak rest dan mengeratkan silaturrahim. oleh itu hargai masa dan hari-hari yang ada.
Yesterday aku jumpa Mahathir dengan Hasmah.. nak tau kat mana?
Hehehe.. bukan dimana-mana pun.. kat TV je. Diaorang nie jadi iklan plak untuk
citer APA KATA HATI? Emm. Interested plak nak g tengok.. so anybody want to
join me? Bulan lepas nampak iklan citer nie belakang bas.. Bukan saja aku je
yang interested dengan iklan tu, orang kete sebelah pun sama-sama duk tengok
iklan tu. Hopefully jalan citer nya tak mengecewakan.
Entah-entah tiket wayang pun naik rege apa? Apa kaitan plak yea
dengan minyak.. Sebut pasal minyak, 1 jam duk menunggu malam tu nak isi minyak.
Kalau tak kerana esoknya punya Trip, tak kuasa nak jadi penunggu setia Petrol. Bercakap
pasal minyak ni, macam-macam pendapat orang didengari dan cuba
disampaikan. Apa pun
semakin kita maju semakin banyak alam nie dicerobohi dan dirosakkan dan semakin
kurang la sumber alam dan oleh itu, makhluk yang tinggal di muka bumi ni yang terpaksa
menerima kesannya diatas tidak bersyukur, tiada pengurusan yang baik dan tiada
penyelesaian yang sewajarnya. Ini pendapat aku je. Tapi bunyi macam ada logik
dan kebenarannya.
Emm ada berita paling hebat sebenarnya. Ada orang offer keje? Rasanya,
nanti banyak calon-calon hantar resume ni. Jenuh nak pilih plak kang. Kak M
pesan: REZEKI yang diberi jangan disia-siakan. Tuhan marah… Tapi kak H kata:Ada rasa macam nak resign???
Kak M pula kata: Ada pada nama, janji ada
gaji. Sambung kak H lagi: Rasa bosan je la.. cam mana nak buat? Macam hilang
mood. Kak M cakap: Rasanya kat luar sana ada ke keje yang
best? Kak H menjawab dengan lemah: Tanya apa kehendak Hati sebenarnya?
So apa kesudahan nya? Apakah yang akan berlaku agaknya? Marilah
tunggu kesudahan kak H dan kak M.
Awal bulan Jun baru ni, dua orang sahabat berborak dengan rancak
secara tiba-tiba, minah Z bertanya dengan minah N, wei ko tak rasa sedih ke aku nak kawin? Jawab minah N, hari-hari
berlalu berganti bulan dan tahun telah mematangkan seseorang. Mungkin tidak
hari ini kesedihan ditonjolkan. Sambil ketawa. Nak tengok aku menangis ke?? Agaknya
apa dalam hati minah N ??? Tak berkata apa-apa / tak kisah la / apa la nasib /
?%@#$%^&* whatever it is.. Hanya Tuhan Yang Tahu apa yang tersirat di hati.
Pejam celik dan masuk bulan 6, lagi 3 bulan lagi dah nak puasa, dan
lagi 6 bulan akan tamat tahun 2008. Bunyi macam esok je tamat tahun 2008. Apa
tak sabar nak habiskan tahun atau terasa nak kembali ke awal januari. Rasa nya
cenggitu la. Tapi kalau dapat putarkan waktu kembali tahun 2005 pun ok gak..
Emm jangan berangan la.. Movie boleh la. Ini yang nyata, hidup bukan
ditakdirkan untuk berundur tapi mengorak langkah ke hadapan. Caiyok caiyok
caiyok..
Stop la sini dulu.. going to sleep. Setengah jam lagi kul 10. Ops,
sebelum tu, CONGRATULATIONS to Ainun telah berjaya melangkah ke Alam Baru / Destinasi Baru. Ok.
Adios.. Wassalam..