Archive for September, 2008

masitahikhsan

Thank You For Being My Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik
tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik
tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah
yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik
tak pernah mempengaruhi kawan baiknya
untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik
adalah orang yang selalu menasihati
kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik
adalah orang pertama yang akan dicari
bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat
kita meluahkan perasaan yang tak dapat
diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik
tak pernah memaksa kawan baiknya
untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik
tak pernah

melarang kawan baiknya
untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik
tak pernah cemburu jika kawan baiknya
mempunyai ramai kawan baik, kerana
kawan yang baik tahu
apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik
akan sentiasa mendoakan kesejahteraan
dan kebahagiaan kawan baiknya
di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik
jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik
jika kita menjadi kawan yang baik
kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik j
ika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik
akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik
jika kita tidak memberitahu perkara yang baik
kepada kawan baik kita, kerana
kawan yang baik akan selalu
menyampaikan
perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik
akan memanjangkan pesanan

ini
kepada kawan-kawannya,
bukan kerana terpaksa,
bukan kerana suka-suka,
tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat
menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,
kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik…
kepada kawan baik kita.

masitahikhsan

Sedap nya Kek..

Sedap nya kek.. Jangan pandang lama2.

kek walnut chocolate.. resepi  nya.. cari la kat google.

masitahikhsan

Kenapa ALLAH menghilangkan Lidah Ikan?

Nak dengar satu cerita tak? Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?

Rasululllah s.a.w bersabda: ” sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari  kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah ……. lidah dari lidah api neraka jahannam”.

 

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: “tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita”. Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: ” sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu  empunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. ” Biawak pun lidah becabang Dua…. 

Salah seorang sahabat pun bertanya, “kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah s.a.w: ” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.

 Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, “sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan”. Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

 Oleh itu, marilah kita “jaga” lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

 Wallahualam..

masitahikhsan

Kesenangan

kenapa bila setiap kali bulan Ramadhan mesti ramai yang orang yang meminta sedekah dan bantuan. Kenapa waktu bulan lain kurang. Kesian pada mereka yang memerlukan bantuan ini. Jawapan nya senang je.. kerana bulan Ramadhan penuh dengan keberkatan. dan.. faham-faham la yea.

pernah terfikir ke, kesenangan yang diberikan pada setiap insan tu bukan milik kita sebenarnya. Kesenangan yang diberikan perlu di beri di kongsi bila ada insan lain yang memerlukan nya. Oleh itu bila kita d duga pada waktu kesenangan skit, Ingatlah, Ini masa dia, masa kita belum tau lagi. Mungkin rezeki yang Allah beri hari ini pada kita adalah untuk menjadi org tengah untuk membantu insan yang kesusahan ini.

masitahikhsan

Welcome to 30 Group

Hahaha.. Dari No 2 dah Masuk no 3. Hmmm, apa perasaan anda? No komen.. No komen.. No Komen.. Teruskan hidup seperti biasa, and enjoy your day and life.. Menghitung hari, detik demi detik. Masa ku nanti apa kan ada Jalan cerita kisah yang panjang Menghitung hari… Emm Kenapa plak nyanyi lagu nie..

Thanks to all my Friends yang wish dari pagi subuh sampai la ke saat ini. Ingat juga korang kat hamba ini. Terima kasih di atas ucapan anda

  • semoga di panjangkan umur,
  • diberkati Allah sentiasa and happy selalu.
  • Good luck dear and enjoy your day :-)
  • Murah Rezeki
  • Cepat Jodoh.

Life must go on.. Life is beautiful.. Life is wonderful.. All are depends on how you want to design/ create it.

Emm lagi satu, yang mana sompat kasi hamba ni hadiah, tq very much.

And Thank you very much for the surprise celebrate.. Class lagi.. hahahaha.

And dedicated song - saloma.

8 Ramadhan 1429H.