Archive for October, 2008

masitahikhsan

Puncak Kinabalu aku tawan

hari yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba. 18 okt 2008 seramai 15 orang ahli kelab kristal menuju ke kota kinabalu dengan Boeing 737-400. Setiba nya di sana disambut meriah oleh orang-orang pejabat kawasan KK. Selesai makan dan solat, perjalanan masih diteruskan ke Kinabalu Park. Bermalam di Peak Lodge. Sebelum masuk tido, captain ekspedisi memberi penerangan tentang barangan yang akan di bawa sendiri ke puncak ,yang akan di bawa oleh potter dan yang akan di tinggalkan. disamping mendengar kata-kata semangat dan ucapan dari ahli2 yang lain. Peserta telah di nasihatkan supaya tidak membawa bebanan yang berlebihan untuk mengelakkan kepenatan semasa pendakian peringkat pertama dari Timpohon Gate ke Gunting Lagadan nanti.Mana-mana barangan yang hanya diperlukan semasa pendakian peringkat pertama sahaja di bawa sendiri, yang lain-lainnya akan diserahkan kepada Potter untuk membawanya dengan upah sebanyak RM8.00/kg untuk perjalanan naik dan turun.

Keesokan hari nya, selesai breakkfast, seramai 16 orang ahli kelab (peserta) menuju ke Timpohon gate. Peserta nya (Yuha, Rizal, Hilmi, Ismail, Zaini, Zaihan, Safirus shahfirus, Fiza, Kak Roi, Kak Sodah, Kak Ikin, Nana, Yati, Liza, dan Aku). Sebelum perjalanan di mulakan, streching perlu dilakukan. Kemudian kami diberi penerangan terlebih dahulu. Kami diperkenalkan dengan pemandu arah kami yang bernama Queen, John dan Riduan. Selesai bacaan doa, peserta perlu menunjukkan name tag masing –masing untuk pengesahan sebelum melangkah pintu pagar. Dengan senang hati para peserta memulakan perjalanan dengan menuruni tangga kayu dari Timpohon Gate menuju ke Carson Fall dalam jarak 300 meter. Baru nak start engine, tetiba berlaku plak kemalangan kecil. hehehe.

Ini lah satu-satunya trek menurun dalam pendakian peringkat pertama ini, sebelum perjalanan di teruskan dengan mendaki anak tangga sama ada di perbuat dari kayu mahu pun tanah yang di tarah menjadi anak tangga hingga ke Laban Rata. Jangan harap ada trek menurun selepas ni, kami akan mendaki dan terus mendaki bagi jarak perjalanan sejauh 6km.Perjalanan aku bertemankan kak ikin dengan langkah yang tidak terlalu laju dan perlahan sambil menikmati alam sekeliling dan menghirup udara segar.Di samping itu juga kena juga bernafas dengan sebaik yang mungkin, tidak berhenti rehat terlalu lama. Yang paling penting enjoy. Sikit demi sedikit kesakitan mula terasa di pergelangan kaki, betis dan peha. Setiap 1km ada disediakan pondok hentian rehat dengan kemudahan tangki air tak di rawat dan tandas.

Jam 2.30 petang kumpulan peserta pertama (Yuha, Rizal, Ikin, Aku) selamat tiba di Laban Rata. Ketinggian Laban Rata pada aras 3273m dan suhu semasa pada masa itu pada sekitar 8C. Hostel kami di Gunting Lagadan. Dengan suhu yang sejuk ini menyebabkan ada di kalangan rakan-rakan yang mendapat kesan akud mountain sickness. Kesannya telah di rasai. Ramai juga yang sebaik sampai sahaja di Gunting lagadan terus terbaring tidur.

Jam 9 malam semua dah kena masuk tido. Aku plak boleh tido dalam beberapa minit je. Cuba untuk lelap tapi tak boleh, kenalah dengar lagu-lagu merdu yang ada di bilik. Bilik aku nie memuatkan seramai 8 orang dengan katil bertingkat. Ada yang satu bilik 4 orang. Boleh la muat-muat untuk persinggahan sementara.

Jam 1.00 pagi kami dah bangun dengan pakaian di badan 3-4 lapis, mengambil sedikit makanan segera untuk alas perut untuk mengelakkan kelaparan semasa pendakian ke puncak nanti. Pukul 2.00 pagi semua peserta dah get ready dan pemandu arah kami sampai di hostel dan memberi taklimat ringkas berkenaan keadaan trek yang akan dilalui sebentar nanti dan peringatan tentang prosedur yang perlu di patuhi semasa mendaki. Peserta juga diingatkan agar tidak jauh meninggalkan tali dan memegang tali yang disediakan di kawasan yang bercerun. Bila semua dah ready, pintu pagar pun di buka dan semuanya bergilir-gilir melangkah menaiki tangga memulakan pendakian ke puncak. Hentian terakhir ialah di Sayat-Sayat. Sapa yang sampai perlu menujukkan name tag masing-masing kepada renjer disini untuk pengesahan sebelum di benarkan meneruskan pendakian ke puncak. Jarak pendakian ke puncak dari sini berbaki 1.7 km lagi dan ketinggian di Sayat-Sayat adalah 3668m. Keadaan sekeliling yang sejuk dan semakin tinggi menuju ke puncak menjadikan pergerakkan peserta.lambat, dalam setiap dua-tiga langkah perlu berhenti untuk menarik nafas.

Aku melangkah dengan perlahan-lahan dengan setiap langkah menarik nafas. Berhenti pun untuk rest tak sampai pun 1 minit. Jika terlampau lama berhenti akan terasa cramp. Jalan-jalan sedar-sedar hanya tinggal kak ikin dan 2 lelaki je. Yang lain ketinggalan di belakang. Akhirnya sampai ke puncak tepat jam 5.26 pagi. 4 orang sampai dulu. Orang-orang KETAMA yang sampai yuha, rizal, ikin, aku. Setelah macam-macam karenah aku, terasa nak tido, nak makan abc.. hehehe. Alhamdulillah berjaya. Memang Tak PERCAYA. Segala penat hilang bila dah duduk di puncak tu. Dapat melihat matahari terbit, dan keindahan alam ini. Million Thanks kepada Yuha dan Rizal atas support, semangat kerjasama, semangat berpasukan yang diberikan. Kalau tidak lambat kot nak sampai puncak.

Selesai bergambar, turun kembali ke Laban Rata. Melalui kawasan-kawasan berbatu, curam dan bertali. Ada satu part masa nak turun dgn tali, sib baik tak terlanggar batu. Sib baik cepat menahan kalau tak, ada lagi kemalangan kecil. Apa pun aku respect dengan kewibawaan yang ditunjukkan oleh pemandu arah dalam kesungguhan mereka melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan kesemua pendakian berada didalam keadaan selamat.

Aku bergegas juga la berkemas barang. Nak tido dan mandi tak boleh pula (pemandu arah tu tak kasi), katanya nanti akan bertambah penat. So checkout dan makan. Itu pun tak lalu nak makan coz penat sangat kot. Jam 10.30 pagi aku menuju turun, yang lain-lain dah pun jalan dulu. Ketika ini baru lah terasa bertapa payahnya untuk menuruni gunung ini daripada mendakinya.Setiap detik tapak kaki menyentuh tanah, setiap kali itu lah terasa sakitnya segala urat saraf di kaki..Langkah terpaksa di atur secara perlahan dan berhati-hati untuk mengurangkan rasa kesakitan yang di tanggung.

Tepat jam 4.00 petang sampai di tempohon gate. Ada peserta lain yang dah sampai awal. Peserta terakhir sampai jam 5.00ptg. Terus kami semua pulang ke Kota Kinabalu untuk jamuan makan.Terpancar kegembiraan di wajah para peserta setelah melalui satu perjalanan yang mencabar akhirnya kembali semula dengan selamat di permulaan jalan.

Aku rasa bersyukur sangat kerana Allah makbulkan doa untuk selamat pergi dan selamat sampai dalam ekspedisi ini. Bersyukur kerana diberi peluang hanya seketika kita di beri kesempatan merasai satu perjalanan di mukabumi ciptaan Allah S.W.T yang maha pencipta ini. Saya percaya kalau tidak banyak pasti ada sedikit perubahan di dalam cara kita menilai kehidupan ini. Kesan dari perjalanan ini juga pasti kita mengakui bertapa bernilainya kehidupan ini.

Untuk mendaki ni, beberapa perkara perlu ada dalam diri (ini pendapat yang aku lalui)

·Semangat

·Positive thinking

·Sentiasa pikir boleh

·Sentiasa ingin teruskan pendakian

·Tidak perlu rushing. Berjalan dengan perlahan, dengan langkah yang kecil sambil menghirup udara (bernafas dengan sepenuhnya). Tidak perlu tergopoh gapah.

·Tidak perlu over confident

·Relax dan enjoy

·Jangan berehat terlalu lama.

·Training itu penting.

·Peralatan untuk diri juga penting macam knee guard, dan etc.

·Preparation mental and physical

-wassalam-

masitahikhsan

Gunung Kinabalu

macam tak sangka je, esok aku akan berangkat ke kota kinabalu untuk kedua kali nya.. kali ini bukan untuk melancong tetapi pergi bersama ahli kelab kristal Suruhanjaya Tenaga untuk mendaki Gunung Kinabalu.

setelah menjadi bidan terjun menggantikan salah sorang ahli kelab yang tidak dapat bersama dalam ekspedisi ini atas urusan kerja; (maya yg kena g sydney, tempat best lagi tu); dan mendapat persetujuan daripada org tua last2 minit.. macam tak cayo je.. hehehe.. akhirnya dapat join juga kelab untuk mendaki gunung.. yang paling tidak percaya berlatih hanya dalam beberapa hari tidak sampai pun 2 minggu. dulu aku selalu mengelak daripada ajakan Emy untuk bersama2 dia mendaki atas alasan tak ready, tak cukup stamina, tak praktis, and so on.. hahaha, tapi kali ini aku memang nekad.. sebab jeles la tengok certificate dia, story dia. dulu aku jadi tukang menyambut kepulangan diaorang d hotspring.. masih terbayang-bayang lagi suasa masa tu.. walaupun muka dia orang penat tapi puas. macam2 citer ada bukan setakat suka sedih pun ada.

insyallah akan ku gunakan peluang yang ada ini untuk melihat alam ciptaan tuhan yang sungguh menakjubkan. Subhanallah.

thanks mom and dad for your support and kepercayaan.

thanks kelab kristal kerana beri peluang untuk g.

thanks to all my friends and colluage for ur support.

esok flight ke kk kul 9 pagi..

masitahikhsan

Tak Tahu ke Tak Mahu

Kalau Tak Tahu boleh bertanya, boleh belajar dan willing and willing la nak berusaha mengetahui mempelajari; Tapi kalau dah Tak Mahu, what to do.. dah tak ada hati, dah tak ada perasaan, dah tak ada keinginan nak belajar nak tau nak nak segalanya la..

kekadang terpikir juga aku nie dalam kelompok nie ke.. apa pun kekadang keadaan memaksa juga jadi la.. Tak tahu dan tak mahu akan menjadi Tak Tahu dan Kena Buat.. tapi ada juga yang berpeluang untuk berada di kelompok Tak Tahu dan Tak Mahu. bertuah nya badan, sampai bila nak menjadi kelompok tak tahu dan tak mahu.. sampai bila nak mengelak.. sampai bila…