menjelma tahun baru bermakna bertambah la bilangan umur. kekeke. setiap kali tahun baru, macam-macam sambutan akan d adakan. bunga api d merata-rata tempat kalau kat KL nie. aku hanya berkesempatan melihat di balkoni rumah seperti biasa. tak kuasa nak mensesak kan diri. bukan sambutan yang paling penting. apa yang baik nya ialah kemahuan diri dan keazaman diri.
kalau nak ikutkan azam, bukan sekadar tahun baru je kena berazam. setiap hari kena ada azam. tapi dah lumrah kan, setiap kali tahun baru, ada azam baru. may b sebab new year, so new environment and motivation.
apa azam aku tahun nie? tak set apa pun d minda, because azam tahun lepas banyak yang tidak terlaksana. plan lari la katakan. so tahun nie kena menilai balik atau melihat kembali azam dulu. mengapa, kenapa ia tidak terlaksana. adakah cukup keupayaan nya untuk melaksanakan nya? aku rasa azam yg aku set, tak memberi impak pun pada diri aku. iyelah tak tercapai kan. hmm.. cuma bila ada azam, dan ia berjaya di laksanakan baru lah terasa kesan nya.
sama ada pada diri, atau pun orang d sekeliling.
so meninggalkan tahun 2008, bermakna meninggalkan banyak memori indah dan pahit. Yang indah nya, dapat g melancong ke Bandung. First time passport kena cop.. hehehe. baru nak rasmi kan sejak 2005 tersimpan buat pekasam. Tak serik rasanya nak g. kalau boleh 10 kali g sana pun tak apa. dan Kejayaan terbesar aku tahun nie, ialah berjaya mendaki puncak gunung kinabalu bersama rakan-rakan kerja. memang tak dpt di gambarkan la keseronokkan nya. Bersyukur sangat2 dapat melihat alam ciptaan Tuhan dan yang paling penting selamat semuanya.
Tahun 2008, 2 orang rakan seUTM telah selamat mengakhiri zaman bujang. semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Yang pahit.. ada juga, tapi biarlah ia menjadi sejarah.
akhir kata, ucapan selamat tahun baru kepada rakan-rakan ku sekalian. mohon maaf andai ada salah silap, terkasar bahasa, terguris perasaan dan yg seangkatan dengan nya. Terima kasih kerana sedia menjadi sahabat, sedia mendengar cerita luahan dan memahami. THANK YOU.
Hiburkan hati anda dengan lagu ini. Layan.. Klik
Welcome 2009