Archive for May, 2009

masitahikhsan

A GiFt BoOk

Our little boots set sail on UnknownOcean and at this we are afraid.

But we are a part of wonder.

The sea is bright with marvels,

The sky is awash with starts.

And we alive in the midst of them

PAM BEROWN, B. 1928

There are only two ways live your life.

One is a though nothing is a miracle.

The other is a though everything is a miracle.

ALBRT EINSTEIN (1879-1955)

From dreams are made the precious

and imperishable things,

Whose loveliness

Live on,

and does not fade.

VIRNA SHEARD

Climb the mountains

and get their good tidings.

nature’s peace will flow

into you as sunshine flows into trees.

JOHN MUIR (1838-1914)

Hope ever urges on

and tell us

tomorrow will be better

TIBULLUS

Hope

Is the thing with feathers

That perches in the soul,

And sings the tune

Without the words,

And never stops at all….

EMILY DICKINSON (1830-1886)

masitahikhsan

meRiAh

My food and best location I had for this year. :) Hmmm tak boleh nak masuk semuanya nie. mana lalu nak perabihkan.. selera orang posa nie tak besar mana pun. Maklumlah dah menjangkau t_ _ _ _ series. Hu hu hu..anyway thanks my dear Friend. Because sudi + rajin lak nak menambahkan pahala.. hehehehe.. thanks k, for setup and listening.

masitahikhsan

ReQueST

Atas permintaan kawan2

Yang teringat lagu lama..

Yang tertiba terasa today is my bad day..

and I want to go HOME..

masitahikhsan

KaSuT SukAN..

MEMILIH kasut sukan antara saat paling sukar untuk seseorang yang cerewet. Yang menghairankan, walaupun cerewet, pilihan yang dibuat masih tidak tepat. Mungkin terlalu banyak pilihan menjadi faktor kekeliruan itu. Apa pun yang pasti, ia berpunca daripada kecetekan ilmu mengenai penggunaan kasut mengikut teknologi rekaan.

Ahli biomekanik, bidang ilmu yang mempelajari perubahan posisi tubuh ketika bergerak ada menjalankan kajian dalam pemilihan kasut dan kajian itu boleh dijadikan panduan lengkap bagi individu memilih kasut paling sesuai mengikut ciri tubuh mereka.

Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:

1. Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.

2. Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.

3. Pilih kasut senaman baru yang tidak ‘menggigit’ bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.

4. Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.

Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.

masitahikhsan

Marang 2nd Day

Sambung citer lagi..

Hari ini, hari yang dinantikan oleh rakan-rakan mencandat sotong. Ada muka gelisah ke diaorg nie, tengok muka skit. Semua nye macam banyak tanduk je aku nampak. Sibuk nak g shopping. Kwang kwang kwang.

Dah sibuk berjalan, jam 12 tgh baru balik ke marang. Nasib baik abg hilmi dah register kan dan ambil t-shirt. Itupun dah kena tegur, sepatutnya time cenggini berehat.

Lepas selesai lunch, kul 2 dah terpacak kat area festival tu. Macam tak ramai orang je, ke ramai yang duk bersiap lagi. Apa pun kita rehat dulu, duk kat bawah khemah lagi best. Lagipun tenaga diperlukan nanti, jangan d sia-siakan. Tengok kiri kanan, tak ada pun peserta yang duk kat khemah lagi. Semua nya duk berdiri kat luar sana. Peserta-peserta dari ST ni yang merasmikan kerusi dulu nampaknye. Kalau ada pemarkahan disiplin, ST boleh menang ni. Yang marshal-marshal ni plak, time cenggini baru nak kena briefing dengan pihak urusetia. Ish ish, baru nak cerita peraturan ke. Ingatkan dah nak start perasmian. Hmm menanti dan menanti, ketibaan jemputan terhormat, ucapan, perasmian, akhirnya bermula lah debaran menaiki bot.

Bot ST kali ini, no 12. So satu bot ada 10 orang, bermakna semua 1 group ST dalam 1 bot yang sama. Kebetulan ada 5 lelaki dan 5 orang perempuan. Ada 60 lebih bot yang akan ke tengah laut hari ni. Dalam kul 3 lebih baru dapat naik bot, jam 5 petang baru berlepas ke tengah laut setelah semua bot2 dah sampai d tempat perlepasan.

Di lautan ChInA SeLaTan Yang Luas..

Dari jeti ke tengah laut ambil masa 1 jam perjalanan. Melalui pulau kapas sampai tak nampak pulau tu la. Kelihatan di sebelah kuala terengganu dah hujan pun. Semua dengan muka ceria + senyap + selamba + cool sambil menikmati angin laut, air laut masin, percikan air laut, ombak lautan.

Akhirnya sampai masa untuk mencandat, bila kapal dah labuhkan sauh nya. Rakan-rakan perempuan semuanya menggunakan koyan. Bila dah tolong diaorg lepaskan tali dari koyan, aku pun bergerak ke belakang kapal. Mengambil joran yang dah disiapkan oleh abg hilmi untuk sama-sama mencandat. Sambil duduk di atas kusi kecil, memerhati pemandangan sekeliling, ombak yang agak gelora, menghayunkan lagi kapal ni menjadikan keadaan tidak menjadi begitu tenang. Hmmm perut aku dah rasa lain ni, rasa pening pun ada, alamak beg ubat kat depan la plak. Minta abg zul ambilkan air, tapi… minum air lagi la rasa lain macam. Cuba untuk tengok ke langit la, tidak terlampau tertumpu dengan laut la… Ish tak boleh jadi nie, lalu aku pun meletakkan joran dan bediri memegang tiang kapal. Ambil nafas dan rehat la dulu dalam 5 minit. Abg hilmi dan abg zul dah berjaya mendapat sotong yang pertama. Aku bila lak ni… so tips mencandat sotong kali ini, jangan mencandat sotong sambil duduk, kena lah rajin berdiri.

Akhirnya berjaya juga mendapat seekor sotong bila langit sudah tidak nampak warna biru lagi. Cuba untuk teruskan usaha lagi tapi tali joran lak tersangkut dengan tali si zulhelmy. Alamak brother ni, kacau la.. sudah satu keje lak nak pisahkan tali2 tu, dah la dengan keadaan kapal yang tak begitu tenang, menambahkan lagi kerumitan untuk meleraikan tali tangsi tu. So abg hilmi suggest, putuskan je la.. hmmm terpaksa la menggunakan koyan la plak. Tapi usaha aku tak kemana pun, tiba-tiba dah rasa lain lak, lagi2 dah banyak hidu asap bot ni. Pil pun dah telan untuk kali kedua tadi.. haiyaaaaa!!! #$%&*!~:P

Apa lak citer minah-minah yang lain ni, sonyap je. Si kak ikin pun dah mai ke belakang lak. Bosan la tu duk kat depan, pasal tak dapat lagi sotong ke, ke tak cukup cahaya kat depan sana tu. Hmm apa-apa aje la, janji u all leh bertahan lagi. Aku layan la biskut tiger ni, saja nak melayan tekak yang rasa lain macam nie.

Jam menunjukkan 9.25 malam. Marsyal duk bertanya berapa dah ada, mana yang terpanjang dan nak teruskan lagi ke? So ketua kumpulan membuat keputusan untuk balik. Dah tak larat melayan alunan ombak ni. Hahahaha. Lagipun tekong baru duk pesan, nak rebut dah ni. Nak balik dok? Hmm apa lagi, mari kita balik ke jeti. Baru je 5-6 minit gerak, dah hujan. Wow best nya kena hujan, dan2 tu jugak sibuk cari baju hujan, sib baik ada lagi baju hujan naik gunung. Eikk mana minah2 nie, awat tak lari ke belakang bot, hujan lebat nie, kat depan mana ada bumbung, mau nye kena hujan batu kat muka masing2. tak pe la massage muka free je ni. :) Aku tengok si marsyal siap lari masuk tempat driver lagi. Menyelamatkan diri dari kebasahan la tu. Kang baju basah, susah lak nak bawa sotong naik darat. Apa-apa je la. So bila dah reda skit hujan, ketua kumpulan minta aku panggil minah2 kat depan ke belakang. Ish ish kesian nya diaorang. Basah kuyup, menggigil kesejukan. Teruk tul marsyal ni la, membiarkan diaorang cenggitu. Tak macho tul la.

Elok sampai d jeti, hujan hanya gerimis je. Air pun dah surut, susah skit nak naik ke jeti. Alhamdulillah semuanya selamat sampai. Dah ramai orang rupanya kat jeti, yang lain dah siap lepak dan makan minum lagi. Cari kusi dan duk lepak seminit dua, nak minum air pun dah habis. Dapatla minum seteguk disamping merasa sotong bakar skit dari member yang dapat last minit. Emm, Dasyat, semuanya lapo. Kesian, kena hujan lak tu. Apa pun, sotong bakar kat redang lagi meriah, tapi kat marang lagi sedap sebab ada perisa kunyit dan garam. :)

note:. Hari tu makan buah duku (panggilan orang ganu) bukan nya langsat, tu pasal la tak mujarab, kepada sesiapa yang dah telan biji duku lebih dari 10 biji tu, sorry la.

1 may 2009 - 3 may 2009
masitahikhsan

Marang 1st Day

Sambung edisi mencandat sotong. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Marang mengambil masa lebih kurang 7 jam lebih. Berkumpul di menara TH Perdana jam 8 pagi dan konvoi sebanyak tiga kereta. Aku menaiki waja dan driver untuk xpdc mencandat sotong kali ini. Jgn tak caya, aku lak menjadi driver kali ini. Aku sendiri pun tak sangka. But u must believe with your self. Hmmm ayat positif nampak nye. Tak tau ada kisah di sebalinya, sampai terbawa-bawa ke mimpi d buat nya. Memikir, terpikir, bab kereta ni. Apa pun syukur alhamdulillah selamat pergi dan sampai juga akhirnya.

Perut sudah mengaduh lapar, orang dalam kereta ni, dah nak pecah kepala menahan lapar. Kebetulan perjalanan hari tu hari Jumaat, so banyak kedai lak yangtutup sepanjang jalan. Nasib badan, last makan pun jam 10 pagi tadi kalau tak silap. Dari dungun sampai kemaman sampai la Marang baru la dapat berhenti untuk makan. Kebetulan kedai pun baru nak buka. 4.00 petang baru dapat order makan. Apa yang di order??? Apa lagi, milo ais yang asyik terbayang sepanjang perjalanan tadi. di samping dengan sotong celup tepung, ikan celup tepung, kepok lekor dan makanan tambahan yang lain. Hmm pulun makan situ. Selesai makan terus g cari Marang guest House.

Lepak kat bilik dan rehat, cuba untuk melelapkan mata, tapi tak boleh. At last, kuar g jalan-jalan. Cadang nak berjalan yang dekat-dekat ni je, nak mengambil gambar depan guest house ni, kawasan kampong nelayan, kapal-kapal, istirehat kat situ tapi bertukar plan plak g Kuala Terengganu. Hmm layan, janji ada driver yang bawa kereta. Kemana nak d tuju, akhirnya semua bersetuju untuk g ke area masjid kristal tu. But we have a problem, masing-masing tak tau jalan. Apa lagi call and call la. Sorang call si zul Tanya jalan, aku lak call my brother, sib baik lak tak g ke pulau duyung. Rupanya masjid krtistal tu kena ikut jalan losong dan bernasib baik ada papan tanda juga. Selesai melihat, on the way back singgah makan malam pulak. Ada yang teringin makan lempeng. Yang best nya, kat kedai ni, air nye sedap gilos. Diaorg order air buah mempelam. Bila sudak kenyang, balik ke rumah penginapan tapi tak juga terus balik, sempat lagi tu menyinggah kedai batik d tepi jalan. :) sampai bilik, sambung lagi cerita dan akhirnya semua nye terlelap sampai ada yang tidak sedar malam tu hujan lebat dan guruh. Macam nak tercabut bumbung rumah.


Next »