May 4th, 2009
Video
Jam hampir 11 malam, tapi tak masuk tido lagi. Tangan ni rajin pulak nak menaip, tak cukup-cukup lagi kot menaip kat opis tu. Hari ni lambat balik, mengejarkan data statistic yang diminta oleh orang kawasan. Urgent!!! nak pagi2 esok pasal bos ada meeting. Lega dapat siapkan juga, sambung pula dengan data hasil. Nak kena tarik data-data nie dalam bentuk excel untuk digunakan di sistem SAGA. Kalau la mudah kan bagus. Nak kena piker penyelesaian yang terbaik untuk output nya ni. Kena wat sql statement pastu create table and get the data, tapi still kena kena massage lagi data-data tu. Hmm, Nasib baik ada jejaka-jejaka yang sudi menemani, di samping diaorang pun kena setelkan keje juga. Data SAGA Nie pun nak urgent juga, rabu dah nak kena kasi, tak dapat semua pun, at least data untuk bulan Februari pun tak pa la. Apa pun, kalau dah dapat satu penyelesaian, bukan setakat Februari dapat ku berikan, sampai bulan ni pun tarak hal nye. Try your best, hopefully tomorrow will have new ideas, solutions and miracle.
Tadi syok duk tengok video. Nak gelak pun ada melihat gelagat pencandat-pencandat sotong ni. Masa pergi macam-macam ayat keramat keluar, syok, best, nak pergi lagi. Tapi bila nak balik ke jeti, lain pula cerita nya. Tak mau dah gi, tak sanggup dah, tak larat nak mabuk laut lagi. Hahahaha, itu lah cabaran nye.. kalau tak ada cabaran, bukan la TM Cabaran Candat Sotong. Nak tau kisah nye lagi, tunggu la edisi yang seterusnya. Mata dah rasa pedih ni, lepas transfer gambar-gambar dan video nie, leh la g beradu. lagipun dah ada yang menegur esok tak keje ke..
