May 12th, 2009
Marang 1st Day
Sambung edisi mencandat sotong. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Marang mengambil masa lebih kurang 7 jam lebih. Berkumpul di menara TH Perdana jam 8 pagi dan konvoi sebanyak tiga kereta. Aku menaiki waja dan driver untuk xpdc mencandat sotong kali ini. Jgn tak caya, aku lak menjadi driver kali ini. Aku sendiri pun tak sangka. But u must believe with your self. Hmmm ayat positif nampak nye. Tak tau ada kisah di sebalinya, sampai terbawa-bawa ke mimpi d buat nya. Memikir, terpikir, bab kereta ni. Apa pun syukur alhamdulillah selamat pergi dan sampai juga akhirnya.
Perut sudah mengaduh lapar, orang dalam kereta ni, dah nak pecah kepala menahan lapar. Kebetulan perjalanan hari tu hari Jumaat, so banyak kedai lak yangtutup sepanjang jalan. Nasib badan, last makan pun jam 10 pagi tadi kalau tak silap. Dari dungun sampai kemaman sampai la Marang baru la dapat berhenti untuk makan. Kebetulan kedai pun baru nak buka. 4.00 petang baru dapat order makan. Apa yang di order??? Apa lagi, milo ais yang asyik terbayang sepanjang perjalanan tadi. di samping dengan sotong celup tepung, ikan celup tepung, kepok lekor dan makanan tambahan yang lain. Hmm pulun makan situ. Selesai makan terus g cari Marang guest House.
Lepak kat bilik dan rehat, cuba untuk melelapkan mata, tapi tak boleh. At last, kuar g jalan-jalan. Cadang nak berjalan yang dekat-dekat ni je, nak mengambil gambar depan guest house ni, kawasan kampong nelayan, kapal-kapal, istirehat kat situ tapi bertukar plan plak g Kuala Terengganu. Hmm layan, janji ada driver yang bawa kereta. Kemana nak d tuju, akhirnya semua bersetuju untuk g ke area masjid kristal tu. But we have a problem, masing-masing tak tau jalan. Apa lagi call and call la. Sorang call si zul Tanya jalan, aku lak call my brother, sib baik lak tak g ke pulau duyung. Rupanya masjid krtistal tu kena ikut jalan losong dan bernasib baik ada papan tanda juga. Selesai melihat, on the way back singgah makan malam pulak. Ada yang teringin makan lempeng. Yang best nya, kat kedai ni, air nye sedap gilos. Diaorg order air buah mempelam. Bila sudak kenyang, balik ke rumah penginapan tapi tak juga terus balik, sempat lagi tu menyinggah kedai batik d tepi jalan.
sampai bilik, sambung lagi cerita dan akhirnya semua nye terlelap sampai ada yang tidak sedar malam tu hujan lebat dan guruh. Macam nak tercabut bumbung rumah.


