Archive for July, 2009

masitahikhsan

Puncak Kedermawanan dan Kebaikan

Berapa banyak jalan keluar yang datang

sesudah putus harapan

dan berapa banyak kegembiraan

yang datang sesusah putus asa

Don’t be Childish… Hmm look familiar with this statement…

Kekekeke…

Sapa tu? Sapa yang kena yea…

Emm, don’t know why be so emotional today…

I hate to be like this…

Tengok iklan DIGI ni, cute sangat… ada lak menanya Kau OK ke??? 3 icon kuning dengan berbaju bintang.. comel.. hehehe

Ok, berbalik dengan kisah emosi.. apa EMOSI tu.. tengok la kamus DEWAN, tak pun Google je, zaman teknologi ni, macam-macam maksud boleh diperolehi.

Apapun emosi hari nie bila dipikirkan macam kedudak-budakan. Benci bila dipikirkan, because this is not my prinsip. Itulah kan, manusia ini insan yang Lemah. Memang bagus hidup ada prinsip, tetapi kekadang tu, perkara tak diduga tak dijangka telah mematahkan / melanggar prinsip yang telah disetkan. Cem mana nak buat ni, dah masuk kali ni, prinsip telah di langgar.

Pesanan nya ialah, manusia hanya sekadar merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Kita kena redha dengan Qada’ dan Qadar Tuhan.

Bekalan untuk Hari Ini.

“Jangan Anda Tangisi Apa Yang Sudah Berlaku dan Jangan Anda Hambur-Hamburkan Air Mata Anda Dengan Sia-Sia, Kerana Dengan Cara Apa pun Anda Tidak Akan Dapat Mengembalikan Apa Yang Sudah Berlaku.”

“Berhentilah merasa Gelisah, Bersabarlah, Hadapi kenyataan Hidup dengan Tabah,

Lakukanlah Sesuatu Untuk KehidupanMu.”

masitahikhsan

dArt

Susah beno nak tido la pulak, memikir terfikir terkenang tertanya banyak pikior.. ish apa benda nya nak d pikirkan. Tido je la.. baca Bismillahhirrahmanirrahim 11 kali, baca 3 Qul, baca ayat Kursi. Ok. Leh tido apa dengan tenang. Tp idok juga, tak sepatutnya aku berfikir yang bukan2 ni, ish masalah betul la.. apa yang aku sedang fikirkan.. mata nak tido, otak berkeja lagi.. agaknya apa la yea.hmm… apa yea.. jap-jap nak selongkar  dulu apa yg penat duk pikir.. pasal ni ke.. FRIEND.. TrUst.. Workaholics.. patient.. frustrated.. BANYAK nye di senaraikan.. patut la kepala pusing.. ehh lum pusing cuma tak henti bekerja.. dalam banyak2 yang tersenarai tu, frustrated of friends yang paling menyakitkan. W2d, diri sendiri wat kesilapan tersalah step, diri sendiri la tanggung kesan nya.. ingatkan mendapatkan satu kepercayaan tapi sebenarnya sekadar harapan sahaja, sendiri tersalah andaian tersalah fahaman, salah target macam DART tak mengena.. apa pun tak semua apa yg difikirkan tidak akan berlaku akan menjadi TIDAK. kadangkala akan menjadi sebalik nya. itu la kan Nasi sudah menjadi Bubur.. nama hidup d negara demokrasi.. so u pikir la sendiri. Think positive k.

lain kali bertindak la mengikut akal, bukan nya emosi.. bertindaklah dengan logika bukan nya Andaian, bertindak mengikut positif bukan nya firasat.. apa lak merapek ni.. teringat plak word ni, seorang kawan berpesan: don’t try to be savvier..  huk huk huk.. tak juga aku nak jadi cenggitu, hebat la den.. kakakaka..  bak kata seaorang leader, as a senior try to advice, as a sister try to be a good listener, as a friend try to give simple motivation.. apa pun, itu sudah dan telah pun di laksana.. Tapi tu la kan, tak semua apa yg dipandang itu akan difahami oleh orang kan. Setiap penampilan seseorang akan keluar macam-macam andaian dari setiap insan. Insan kerdil di bumi tuhan ini bukan nya diberi akal macam scanner boleh faham akan isi hati setiap manusia, … kalau ada, bahagia bumi ni. Tak ada porak peranda.. that’s why diberi akal dan nafsu. Yang mana perlu didahului dan yang mana perlu digunakan.. Oppsss.. stop. nak dengar la lagu ni.. zee avi - monte

Good nite..

~~ Aku hanya lah insan biasa yang kadangkala tewas dengan keadaan, kadangkala alpa dan tidak lari dari melakukan kesilapan. ~~

masitahikhsan

Johor Bharu..

Last week, ada trip outstation. kali ini ialah melawat pejabat kawasan di Johor Bharu. Kali ke-2 menjejak kaki di JB  selepas graduated. Banyak beno perubahan yang berlaku. Dari tak ada flyover jadi banyak sana sini, jalan bercabang2, poning kepala den. Kagum dengan pembinaan baru di kawasan berdekatan dgn tambak johor tu. Apa ke nama nya.. lupa la plak..

Ingat ke JB boleh la berehat sepenuhnya, kwang kwang kwang. keje dah menanti dan bila habis office hour kena menunggu colleague siap koje. sekarang dah la heboh dengan angin H1N1.. simpang malaikat 44. takut gak mengena.. dah la kesihatan sendiri pun tidak stabil.. muka pun jadi 44..

second day..  kuatkan diri, keje dah menanti.. yang lawak nya, g klinik panel JB, tapi entah apa ubat yang doktor kasi pun tak tau la.. macam lain yang dicakap lain yang dapat. apa2 je la doc. janji virus aku ni tak merebak. sebelum balik hotel nak find out something yang valuable. Tapi tak jumpa yang sesuai. hari terakhir di JB, setel je keje G tempat yng tak pernah lagi sampai, apa lagi kena penangan danga bay. Terasa macam kat Langkawi la plak.

Apa pun banyak peristiwa, story, gossip di JB. Apa yea tu.. jap nak cari mana g nya video record ni, kalau ada + jumpa leh share ok.

sayonara JB.

masitahikhsan

bubur sum sum

Last Saturday, 4 july genap la seminggu kenduri kawin puteri wak ikhsan yang pertamanya di teratak Bandar baru putra. Kalau ikut adat orang jawa, sebagai menghargai orang-orang yang membantu menjayakan majlis tersebut, tuan rumah akan menjamu + memasak bubur sum sum untuk mereka ni. Kata orang tua2 untuk mengembalikan urat-urat badan menjadi segar. :)  disamping itu juga, masak la nasi minyak + lauk pauk skit macam ala-ala kenduri untuk meraikan diaorang yang tak sempat nak merasa time kenduri. Aku yang baru 5 pagi tadi balik dari outstation, nak tak nak fetch bus juga pagi tu balik ipoh. Sampai kg, pulun sambung zzzZzzzz. Bila dah dengar orang sibuk mengemas baru la terjaga menolong mana yang patut… apa pun janji nampak muka d kampong. nak tau ke cem mana rupa bubur sum sum.. tau ke??

masitahikhsan

Amalan terbaik dalam hidup

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

masitahikhsan

Kian..

Kian.

hayati lirik..

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati