Archive for November, 2009

masitahikhsan

Indahkan kehidupan

1. Jaga kesihatan diri. Jaga pemakanan dgn makanan seimbang, bersukan.

2. Buat pekerjaan yang disukai.

3. Set matlamat hidup. Matlamat hidup penting supaya hidup akan menjadi bersemangat untuk mencapai apa yang diimpikan.

4.Terima kehidupan dan liku2nya seadanya dan nikmati pahit manis kehidupan itu dengan hati terbuka dan penuh keredhaan.

5.Hadapi kehidupan hari ini dengan pasti, tidak menyesali segala apa yang telah berlaku pada hari semalam dan tidak gelisah menanti hari esok yang belum pasti.

6.Berfikir semasa membuat kerja dan bertindak dengan bijak.Tidak menyalahkan orang lain andai terbuat keputusan yang salah.

7.Sentiasa bersyukur dan mensyukuri.Ingat ada orang lain yang lebih kurang bernasib baik daripada kita.

8.Sentiasa membantu orang lain agar beroleh kebahagian

9.Saya tersenyum dengan wajah berseri dan sentiasa bertemankan orang yang optimis.

10.Gunakan kesempatan setiap detik itu berharga dan jadikan tempat kebahagian.

masitahikhsan

Bekalan 2

kebahagian sebenar adalah terletak pada hati. Segala harta di dunia ini hanyalah pelengkap kepada kebahagian.

Belajarlah bersabar dari wanita yang bernama Asiyah (Isteri Firaun);

Setia dari Khadijah (Isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang pertama);

Jujur dari Aisyah (Isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang paling muda umurnya) dan

Teguh dati dari Fatimah (Puteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam).

masitahikhsan

Bekalan

kuhibur diri ini dengan berbagai harapan yang kunanti, Alangkah sempitnya hidup ini bila tanpa harapan yang luas.

masitahikhsan

BUDI..

Pantun Budi

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang

Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan

Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Baik-baik bertanam padi
Jangan sampai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sampai badan binasa

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Pergi ke sawah menanam padi
Singgah disungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibayar mati

Anak merak Kampung Cina
Singgah berhenti kepala titi
Emas perak kebesaran dunia
Budi bahasa tak dapat dicari

Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin

Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Tuan Puteri membeli ginseng
Singgah di pasar mencari kari
Jangan ikut budaya samseng
Kelak menyesal di kemudian hari

nukilan dari… ABDUL RAZAK BIN ISMAIL

Layan…

masitahikhsan

DVT

Isnin pepagi yang cerah, Alhamdulillah.. keadaan cuaca ok..

Sakit tekak la bangun tido  pagi td. apa hal nye plak.. takkan la pulun makan kerang jadi sakit tekak.. hmmm, kurang minum air kot..

ada 25 minit lagi utk ke 8.30.Hari Isnin selalunya. ramai yang lambat. aku pun terlambat sampai opis.. dekat kul 8. mana tidaknya sedar2 dah jam 6.30 pagi.. hahahaha..

Semalam, baca satu majalah ni, mengkisahkan tentang penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT). Ini first time duk dengar.. Ye lah kita bukan doktor pun nak tahu semua jenis penyakit. Korang nak tahu ke apa kaitan penyakit nie lak dgn aku yea.. ada kaitan dengan bidang kerja yang diceburi sebenarnya.

DVT ni ada kaitan dengan orang yang berkerja dalam IT atau orang yang duk mengadap komputer lama-lama. Laporan daripada New Zealand Medical Journal, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom :

- Cepat penat
- Mengah
- Sakit dada
- Denyutan nadi laju
- Lemah di bahagian kaki
- Kurang selera makan
- Batuk
- Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Pencegahan :
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan minum airbatu
4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan :
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru. Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

–sekian–9 nov 2009

masitahikhsan

Pesona Dunia.

Perkongsian ilmu..

1. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: cintailah sesuatu itu sekadar sahaja;berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika..bencilah yang kamu benci itu sekadar sahaja;berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika..(al-Hadis)

2. kata-kata yang lembut dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras..(Hamka)

3. seseorang mukmin dengan mukmin yang lain umpama susunan batu-bata sesebuah bangunan;yang satu menguatkan yang lain..(maksud hadis)

4. sifat pemarah adalah musuh utama akal yang rasional..(saidina Ali Abi Talib)

5. salah satu tugas agama adalah memelihara akal.memelihara akal adalah dengan menambah ilmu pengetahuan,melatih diri berfikir dan merenungkannya..(Hamka)

6. berbahagialah orang yang menyalahkan dirinya sebelum menyalahkan orang lain..(maksud hadis)

7. anggaplah dunia sebagai suatu tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya..(hukama)

8. kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia..(hamka)

9. siapa yang berasa senang akan pujian orang terhadap dirinya,bererti dia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke perutnya..(Ahmad Athaillah)

10. mata yang berasal dari unsur air bersifat adil.dengan melihat sinar mata seseorang,kita boleh mengetahui isi hatinya.mulut boleh berdusta tetapi sinaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya,memantulkan isi hati yang sesungguhnya..(ahli hikmah)

11. orang yang tidak menguasai matanya,hatinya tiada harganya..(Khalifah Ali Abi Talib)

12. manusia lumrah melakukan kesalahan.dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat..(hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmizi)

13. sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa,nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati..(hadis riwayat Abu Dunya)

14. tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah sekalipun..(hadis riwayat Muslim)

15. amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya..(Mafhum surah Al-Saf : 3)

16. ilmu adalah panduan.harta adalah alat.kedua-duanya adalah untuk menegakkan kebenaran,bukan untuk mencari kepentingan,jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan..(kata-kata hukama’)

17. perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi perkataan yang menyakitkan..(mafhum surah al-baqarah:263)

18. sesiapa yang akan diberikan kebaikan(nikmat),akan diberikan penderitaan (terlebih dahulu)..hadis riwayat Bukhari)

19. kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka yang berseri-seri dan menuturkan kata-kata yang lemah lembut..(khalifah Umar Al-Khattab)

20. ada empat hal yang menangkat seseorang pada darjat yang tertinggi,walaupun amal dan ibadahnya sedikit..iaitu bersifat pemaaf,merendah diri,pemurah dan budi pekerti yang baik..itulah kesempurnaan iman..(abdul QASIM aL Junaid)

21. malu itu tidak datang,kecuali dengan membawa kebaikan..(riwayat bukhari dan muslim)

22. sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang islam akan ilmu,kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara islamnya yang lain..(riwayat ibnu majjah)

23. orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur..(riwayat al-Baihaqi dan al-khatib)

24. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: mencaci dan memaki orang-orang islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir..

25. akan tiba suatu zaman tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba.kalau ia tidak memakan secara langsung,ia akan terkena juga debu-debunya..(maksud hadis)

26. orang yang banyak berkata akan banyak silap;orang yang banyak silap akan banyak dosa;dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya..(maksud hadis)

27. lidah orang mukmin menurut hatinya,bila dia hendak berbicara difikirkannya dahulu sebelum disalurkan ke lidahnya..(maksud hadis)

28. berikanlah sedekah walaupun hanya dengan sebiji tamar atau sebuku roti atau sebuah senyuman yang manis..(maksud hadis)

29. orang yang buruk di kalangan umatku adalah yang selalu makan mewah,berpakaian aneka ragam,dan suka bercakap besar..(maksud hadis)

30. kamu tidak akan dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda,oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur..(maksud hadis)

31. Nabi S.A.W pernah bersabda: sesungguhnya dunia itu manis.dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekalian.kemudian Allah menunggu (memerhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu).kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel itu adalah wanita..(maksud hadis)

32. Nabi S.A.W bersabda: apabila kamu bangun dari tidurmu,hendaklah kamu intintsar (membersihkan lubang hidungmu)tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya..(maksud hadis)

33. Rasulullah S.A.W bersabda: bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga,atau melepaskannya dari neraka..termasuk juga aku..tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka..(maksud hadis)

34. Rasulullah S.A.W bersabda: bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan..(maksud hadis)

35. Rasulullah bersabda: sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya,nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat..(maksud hadis)

Next »